awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos

Bernama
Bernama
14/03/2025
14:45 MYT
Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla turut menegaskan bahawa meskipun pengeluaran dalam negeri semakin meningkat, beberapa bahan mentah dan komponen masih perlu diperoleh daripada pasaran antarabangsa. - Gambar fail/amanz.my
WASHINGTON: Syarikat kenderaan elektrik milik Elon Musk, Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di Amerika Syarikat (AS).
Dalam surat kepada Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, Tesla menyatakan sokongan terhadap perdagangan yang adil namun memberi peringatan bahawa pengeksport AS "terdedah kepada kesan tidak seimbang apabila negara lain bertindak balas terhadap tindakan perdagangan AS."
"Sebagai contoh, tindakan perdagangan AS sebelum ini telah mencetuskan reaksi segera oleh negara yang disasarkan, termasuk peningkatan tarif terhadap EV yang diimport ke negara berkenaan," menurut surat bertarikh 11 Mac itu, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Pentadbiran Trump sebelum ini telah mengenakan tarif tambahan yang membawa kepada tindakan balas oleh Kanada dan Kesatuan Eropah, antara lain.
Tesla turut menegaskan bahawa meskipun pengeluaran dalam negeri semakin meningkat, beberapa bahan mentah dan komponen masih perlu diperoleh daripada pasaran antarabangsa.
"Tindakan perdagangan tidak seharusnya (dan tidak perlu) bercanggah dengan matlamat untuk terus meningkatkan serta menyokong pembuatan dalam negeri," menurut surat itu.
Menurut laporan Financial Times, surat berkenaan tidak ditandatangani, dengan sumber mendakwa tiada sesiapa dalam syarikat yang mahu mengambil risiko dipecat kerana mengutusnya.
Tesla memiliki kilang di China dan Jerman selain kemudahan di AS.
Ketua Tesla, Musk, menjadi sekutu rapat Trump dalam kempen pemilihan presiden. Trump turut melantik Musk sebagai penasihat bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan mengecilkan tenaga kerja di agensi persekutuan, langkah yang mengundang kritikan.
Sementara itu, harga saham Tesla jatuh selepas penganalisis menurunkan unjuran jualan syarikat itu.
Sebagai tanda sokongan, Trump menghadiri acara jualan Tesla di Rumah Putih minggu ini dan membeli satu daripada kenderaan syarikat itu.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Tesla
#Donald Trump
#Kesatuan Eropah
#perang dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan