awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand akan mudahkan kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ASEAN

Bernama
Bernama
14/11/2022
21:45 MYT
Thailand akan mudahkan kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ASEAN
Pemimpin ASEAN yang berhimpun pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh. - Foto REUTERS
BANGKOK: Thailand bersedia memberi sokongan kepada Timor-Leste untuk keahlian penuhnya dalam ASEAN.
Pemangku jurucakap Kerajaan Anucha Burapachaisri berkata Pelan Hala Tuju berasaskan kriteria objektif untuk keahlian penuh Timor-Leste akan diformalkan.
Ia berkata semua negara anggota ASEAN dan rakan kongsi luar akan menyokong sepenuhnya Timor-Leste untuk mencapai kejayaan melalui penyediaan bantuan pembangunan kapasiti dan sebarang sokongan lain yang perlu dan relevan untuk keahlian penuhnya dalam ASEAN.
"Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berbesar hati untuk memudahkan kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN," katanya.
Pada 11 Nov, ASEAN pada dasarnya bersetuju untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota ke-11 kumpulan itu.
Pemimpin ASEAN yang berhimpun pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja, minggu lepas berkata Timor-Leste juga akan diberikan status pemerhati untuk mengambil bahagian dalam semua Mesyuarat Asean termasuk mesyuarat peringkat pleno Sidang Kemuncak.
"Para pemimpin bersetuju untuk merasmikan Pelan Hala Tuju berasaskan kriteria objektif untuk keahlian penuh Timor-Leste termasuk berdasarkan pencapaian yang dikenal pasti dalam laporan Misi Pencarian Fakta dan melaporkan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 untuk diterima pakai," katanya.
ASEAN dibentuk oleh lima negara anggota - Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina - pada tahun 1967.
Brunei menyertai ASEAN pada 1984, diikuti Vietnam pada 1985 dan Myanmar dan Laos pada 1997. Kemboja adalah negara terakhir menyertai Asean pada 1999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Timor-Leste
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan