awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand akan umum calon PM baharu selepas Paetongtarn dipecat

Bernama
Bernama
29/08/2025
21:00 MYT
Thailand akan umum calon PM baharu selepas Paetongtarn dipecat
Phumtham berkata parti gabungan masih dalam proses berunding dan mengadakan perbincangan inklusif sebelum membuat pengumuman lanjut. - Gambar fail
BANGKOK: Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai pada Jumaat mengumumkan bahawa calon perdana menteri akan diumumkan dalam masa terdekat, susulan pemecatan Paetongtarn Shinawatra oleh Mahkamah Perlembagaan.
Phumtham, yang juga anggota Parti Pheu Thai, berkata parti itu yakin ia akan terus mengetuai gabungan dan membentuk kerajaan baharu.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan gabungan kekal bersatu dan komited untuk bekerjasama.
"Gabungan telah memberi mandat kepada Pheu Thai untuk meneruskan, dan kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi. Chaikasem (Nitisiri) tidak mempunyai sebarang masalah. Beliau kekal sebagai calon perdana menteri daripada Pheu Thai," katanya pada sidang media selepas bertemu rakan-rakan gabungan di ibu pejabat Pheu Thai di sini pada Jumaat.
Selain Chaikasem, terdapat empat lagi calon yang layak daripada senarai yang dikemukakan semasa pilihan raya 2023, iaitu Anutin Charnvirakul (Bhumjaithai), Pirapan Salirathavibhaga (United Thai Nation Party), Jurin Laksanawisit (Parti Demokrat), dan Prayuth Chan-o-cha (United Thai Nation Party).
Bagaimanapun, Bhumjaithai telah keluar daripada gabungan pada Jun lalu.
Kerajaan gabungan semasa Thailand, yang diketuai oleh Pheu Thai bersama 10 parti lain, menguasai 253 kerusi, manakala pembangkang yang diketuai Parti Rakyat menguasai 239 kerusi, termasuk Bhumjaithai.
Terdahulu, Mahkamah Perlembagaan Thailand memecat Paetongtarn kerana melanggar etika dan integriti.
Dalam keputusan 6-3, mahkamah mendapati pemimpin berusia 39 tahun itu gagal mengekalkan piawaian etika yang diperlukan bagi seorang perdana menteri ketika panggilan telefonnya dengan Presiden Senat Kemboja Hun Sen pada Jun lalu.
Phumtham bagaimanapun berkata parti gabungan masih dalam proses berunding dan mengadakan perbincangan inklusif sebelum membuat pengumuman lanjut.
"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa kerajaan gabungan kekal bersatu dan erat, bersedia untuk terus bekerja dengan penuh komitmen seperti yang kami nyatakan sejak awal. Sokongan kepada kerajaan kekal tidak berubah," katanya.
Beliau menambah bahawa gabungan telah memberi mandat kepada Pheu Thai untuk mengetuai pembentukan kerajaan, dan oleh itu tidak timbul masalah.
"Kami terbuka untuk bekerjasama dengan semua parti politik demi mengekalkan kestabilan kerajaan, menyelesaikan masalah rakyat, dan mengukuhkan demokrasi. Kami bersedia untuk bekerjasama, dan penyelarasan akan diteruskan selepas ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Phumtham Wechayachai
#calon perdana menteri
#Paetongtarn Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan