awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand alu-alukan kedatangan lebih 19 juta pelancong asing tahun ini

Bernama
Bernama
19/09/2023
14:44 MYT
Thailand alu-alukan kedatangan lebih 19 juta pelancong asing tahun ini
Thailand mengalu-alukan kedatangan lebih 19 juta pelancong asing setakat tahun ini, menjana 795 bilion baht (100 baht = RM13.06) dalam sektor pelancongan. - Gambar hiasan/Unsplash
BANGKOK: Thailand mengalu-alukan kedatangan lebih 19 juta pelancong asing setakat tahun ini, menjana 795 bilion baht (100 baht = RM13.06) dalam sektor pelancongan.
Kementerian Pelancongan dan Sukan memaklumkan dari 1 Jan hingga 17 Sept tahun ini, Malaysia mendahului senarai pengunjung ke Thailand dengan 3.07 juta pengunjung diikuti China (2.34 juta) dan Korea Selatan (1.12 juta).
"Jumlah ketibaan pelancong dijangka meningkat minggu ini (18-24 Sept) berikutan hujung minggu yang panjang di Malaysia dan cuti 'Silver week' di Jepun.
"Bahagian Pelancongan dan Sukan Ekonomi meramalkan kira-kira 490,000 pelancong asing akan melawat Thailand minggu ini terutamanya dari Asia Timur, Asia Selatan dan negara ASEAN lain," katanya.
Industri pelancongan di Thailand dijangka mengekalkan momentumnya apabila kerajaan meluluskan pengecualian visa sementara untuk pelancong China dan Kazakhstan.
Pelancong China dan Kazakhstan akan diberikan visa sementara untuk tinggal selama 30 hari di Thailand dari 25 Sept hingga 29 Feb tahun depan.
Skim pengecualian visa berkuat kuasa sejurus menjelang Minggu Emas, antara cuti paling lama di China, dari 1 hingga 8 Okt.
Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) menjelaskan pengecualian visa untuk pelancong China ke Thailand dijangka menjana pendapatan pelancongan sekitar 92.58 hingga 140 bilion baht dalam tempoh lima bulan.
Thailand menyasarkan 25 hingga 30 juta pelancong pada 2023, menjana pendapatan 2.38 trilion baht.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Pelancong asing
#Kementerian Pelancongan dan Sukan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan