Thailand arah pemindahan penduduk di sempadan susulan insiden tembakan dengan Kemboja

Salah seorang daripada dua anggota tentera Thailand yang cedera akibat tembakan dalam pertempuran di kawasan Phu Pha Lek-Phlan Hin Paet Kon pada jam 2.15 petang Ahad. -Foto Royal Thai Army
BANGKOK: Tentera Thailand mengeluarkan arahan berpindah melibatkan penduduk dari kawasan sempadan di empat wilayah timur laut susulan pertempuran bersenjata dengan pasukan Kemboja di wilayah Si Sa Ket pada Ahad.
Ringkasan AI
- Tentera Thailand mengeluarkan arahan pemindahan penduduk dari kawasan sempadan di empat wilayah timur laut susulan pertempuran bersenjata dengan pasukan Kemboja.
- Pertempuran berlaku di kawasan Phu Pha Lek-Phlan Hin Paet Kon, bermula jam 2.15 petang dan berakhir selepas 35 minit apabila tentera Kemboja menembak ke arah pasukan Thailand.
- Dua anggota tentera Thailand cedera akibat tembakan, menyebabkan arahan pemindahan penduduk di wilayah Buri Ram, Surin, Si Sa Ket dan Ubon Ratchathani.
Dua anggota tentera Thailand, Sarjan Anuchart Rueankham cedera di kaki akibat terkena tembakan, manakala Prebet Pornchai Champachum mengalami lebam di dada selepas serangan mengenai jaket kalis peluru.
Susulan insiden, Wilayah Tentera Kedua Thailand mengeluarkan arahan pemindahan penduduk di wilayah Buri Ram, Surin, Si Sa Ket dan Ubon Ratchathani atas faktor keselamatan selain kemungkinan konflik berlarutan.
Penduduk diminta berpindah ke pusat perlindungan yang telah ditetapkan.
Ketegangan ini berlaku hanya beberapa hari selepas Thailand menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penggunaan periuk api oleh Kemboja di kawasan sempadan Thailand, yang sebelum ini mencederakan beberapa anggota tentera Thailand dan seorang warga China.
Pihak berkuasa keselamatan Thailand kini memantau rapi situasi di sempadan dan menasihatkan penduduk agar terus berada di kawasan perlindungan sehingga keadaan benar-benar selamat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang menyebabkan tentera Thailand mengeluarkan arahan pemindahan penduduk dari kawasan sempadan? A: Tentera Thailand mengeluarkan arahan itu susulan pertempuran bersenjata dengan pasukan Kemboja di wilayah Si Sa Ket.
- Q: Berapa lama pertempuran bersenjata antara tentera Thailand dan Kemboja berlangsung? A: Pertempuran berlaku selama 35 minit sebelum tamat pada jam 2.50 petang.
- Q: Siapakah yang cedera akibat tembakan semasa pertempuran di kawasan sempadan tersebut? A: Sarjan Anuchart Rueankham cedera di kaki, manakala Prebet Pornchai Champachum mengalami lebam di dada akibat tembakan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

