awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand buat permohonan ekstradisi kepada Britain, mahu Yingluck 'dipulangkan'

Agensi
Agensi
02/08/2018
09:50 MYT
Thailand buat permohonan ekstradisi kepada Britain, mahu Yingluck 'dipulangkan'
Yingluck dipercayai masih bersembunyi di London. - Gambar fail
Thailand meminta Britain mengekstradisi bekas perdana menterinya, Yingluck Shinawatra, yang kini dipercayai masih bersembunyi di London, lapor AFP yang memetik kandungan surat dari Kedutaan Thailand di kota Eropah itu.
Yingluck tumpas dari takhta politik Negara Gajah Putih itu setelah digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada tahun 2014. Dia telah melarikan diri ke luar negara pada Ogos 2017 ketika berdepan dakwaan berkaitan skim subsidi beras yang kontroversi.
Pada September tahun lalu, Mahkamah Agung Thailand mendapati Yingluck bersalah kerana kecuaian dalam melaksanakan program tersebut dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun, tanpa kehadirannya di mahkamah.
Para penyokongnya bagaimanapun melihat dakwaan itu sebagai usaha mengusir legasi keluarga Shinawatra dalam pollitik Thailand.
BACA: Yingluck sah berada di London - Menteri Luar Thailand
BACA: Pihak berkuasa Thailand geledah rumah Yingluck cari bukti
Laporan keberadaan Yingluck pada awalnya dikatakan di Dubai, sebelum kemudiannya bertukar ke London, berikutan khabar yang menyatakan dia memohon perlindungan suaka di Britain.
Sebelum itu, imej Yingluck yang tular turut mengeosyorkan bahawa dia berada di Jepun, Singapura dan China.
Britain, yang mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Thailand, bagaimanapun tidak mengulas lanjut tentang status imigresen mana-mana individu.
Parti politik Pheu Thai, yang dahulunya dipimpin Yingluck, berkata bahawa permohonan ekstradisi dalam surat bertarikh 5 Julai itu adalah benar.
Yingluck dan abangnya Thaksin, yang juga bekas perdana menteri hidup dalam buangan – sekali gus menandakan landskap politik Thailand berpecah.
Anggota kanan Pheu Thai, Chaikasem Nititsiri, tidak yakin permohonan ekstradisi itu akan dilaksanakan kerana elemen dakwaan ke atas Yingluck.
"Kes ini jelas berniat politik sejak ia bermula,” ujarnya.
case is clearly political since it began," he said.
Topic Berkaitan
#ekstradisi
#London
#penyelewengan
#Rasuah
#skim subsidi beras
#Thailand
#Yingluck Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan