Thailand pada Sabtu melaporkan sejumlah 109 kes baharu COVID-19 dan satu kematian, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 1,245 kes dan enam kematian.
Pakar kanan Perubatan Pencegahan di Jabatan Kawalan Penyakit Dr Anupong Sujariyakul berkata kematian terkini membabitkan seorang wanita rakyat Thailand berusia 55 tahun yang menghidap penyakit kencing manis dan mendapatkan rawatan pada 23 Mac.
Daripada 109 kes baharu yang dilaporkan, beliau berkata 39 mempunyai kaitan dengan jangkitan sebelum ini, 17 membabitkan dua petugas perubatan, lapan melakukan perjalanan ke luar negara dan bekerja di kawasan sesak manakala tujuh mempunyai kontak rapat dengan warga asing.
Beliau berkata sejumlah 53 kes baharu adalah dari kluster tidak diketahui dan pihak berkuasa sedang menyiasat sumber jangkitan.
"Daripada sejumlah 1,245 kes, 534 dilaporkan di Bangkok, 144 kes di lima wilayah berhampiran Bangkok (Samut Prakarn, Samut Sakhon, Nakhon Pathom, Nonthaburi dan Pathumthani), 79 kes di selatan Thailand (Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla) manakala 488 kes di wilayah-wilayah lain.
"Setakat ini, 100 pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital manakala 1,139 masih dirawat termasuk 17 yang berada dalam keadaan serius," katanya dalam sidang akhbar harian COVID-19 di sini.
Anupong berkata tiga kluster utama COVID-19 di Thailand ialah pusat hiburan, perlawanan tinju dan perhimpunan tabligh di Malaysia.
Susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di selatan Thailand yang terjejas akibat keganasan, gabenor wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani telah mengeluarkan arahan keras termasuk menghalang keluar masuk orang ramai dalam usaha membendung penularan wabak itu.
Semalam, seorang lelaki berusia 50 tahun dari wilayah Narathiwat yang menghadiri perhimpunan tabligh di Kuala Lumpur bulan lepas, meninggal dunia.
Sementara itu, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi COVID-19 Thailand (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin menggesa orang ramai agar mematuhi dengan ketat semua langkah bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
"Tolong duduk di rumah dan jagalah jarakan sosial. Kita mesti mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus daripada kesemua langkah ini bagi memperlahankan penularan wabak COVID-19," katanya.
Sementara itu, seorang pakar perubatan meramalkan bahawa kes COVID-19 di Thailand boleh mencecah angka 2,000 dalam tempoh dua minggu akan datang atau lebih awal susulan tindakan wargakota meninggalkan Bangkok secara besar-besaran selepas penutupan venue awam utama, termasuk pusat membeli-belah, pusat hiburan dan venue sukan.
Dekan Fakulti Perubatan di Hospital Siriraj, Universiti Mahidol iaitu Dr Prasit Watanapa berkata meskipun mengambil semua langkah yang sewajarnya termasuk memakai penutup hidung dan mulut serta menggunakan cecair pembasmi kuman, orang ramai masih berdepan risiko menyebarkan dan dijangkiti virus berbahaya itu.
Ketika itu, beliau berkata Thailand mungkin tidak mempunyai petugas yang mencukupi bagi merawat kemasukan beramai-ramai pesakit.
"Ketika ini, nisbah doktor di Bangkok ialah seorang bagi setiap 800 pesakit. Di wilayah lain, terutama di timur laut Thailand, seorang doktor terpaksa merawat sehingga 3,000 pesakit. Oleh itu, kadar kematian selain jumlah pesakit boleh meningkat dengan ketara," katanya seperti dipetik Bangkok Post.
Thailand telah mengisytiharkan perintah darurat bermula tengah malam 26 Mac hingga 30 April bagi mengekang pandemik COVID-19 di negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 28 2020
Sejumlah 53 kes baharu adalah dari kluster tidak diketahui dan pihak berkuasa sedang menyiasat sumber jangkitan.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.