awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan sasar memvaksin lebih 45 juta kanak-kanak dalam kempen anti-polio pertama 2026
Pope Leo XIV tegaskan hak orang awam Palestin untuk hidup aman
Angkasawan NASA tinggalkan ISS Rabu susulan isu kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand: Ganja untuk kegunaan bukan rekreasi tidak lagi jadi kesalahan jenayah

Bernama
Bernama
09/06/2022
14:45 MYT
Thailand: Ganja untuk kegunaan bukan rekreasi tidak lagi jadi kesalahan jenayah
Thailand menjadi negara Asia pertama yang menghapuskan ganja daripada senarai narkotiknya dan membenarkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah. - Gambar hiasan/REUTERS
BANGKOK: Thailand menjadi negara Asia pertama yang menghapuskan ganja daripada senarai narkotiknya dan membenarkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah.
Mulai hari ini, kerajaan mengeluarkan bahagian tertentu dan ekstrak tumbuhan ganja (kecuali bunga dan perbungaan) daripada senarai narkotik terkawal Kategori 5, di bawah Akta Narkotik 1979, supaya boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
Bagaimanapun, penggunaan marijuana yang juga dikenali sebagai ganja dan kanabis, secara rekreasi masih diharamkan.
Penggunaan ekstrak ganja tidak boleh melebihi 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) dan jika melebihi ia dianggap melanggar undang-undang.
Susulan langkah Thailand itu hampir 100,000 orang bergegas mendaftar di aplikasi kerajaan PlookGanja hari ini untuk memohon menanam tumbuhan berkenaan dan portal alternatif telah disediakan berikutan sambutan yang menggalakkan.
Ketua Setiausaha Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand Dr Paisarn Dunkum berkata aplikasi itu dimuat turun lebih 50,000 kali hari ini.
Beliau memberi amaran bahawa sijil itu boleh dibatalkan serta-merta jika penanam gagal mematuhi peraturan.
"Orang ramai boleh memohon untuk menanam ganja bagi kegunaan isi rumah sahaja. Untuk kegunaan bukan isi rumah, ia memerlukan kebenaran rasmi," katanya.
Selain itu, 1,000 pokok ganja akan diedarkan secara percuma kepada penduduk di Buriram, mulai esok.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata pemberian percuma itu sebagai permulaan kepada kempen pengagihan satu juta tumbuhan ganja di seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah untuk kegunaan memasak dan perubatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Thawatchai Chaiwat berkata kira-kira 3,000 banduan yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan ganja sahaja dibebaskan hari ini berikutan pembatalan penyenaraian ganja daripada senarai narkotik.
Menurut Kementerian Kehakiman kesemua 7,488 kes ganja di mahkamah juga akan digugurkan termasuk semua kes yang sedang dalam siasatan polis, lapor portal berita The Nation.
Makanan, minuman dan snek yang mengandungi ekstrak ganja kini menjadi makanan popular terbaharu di Thailand apabila ganja tidak lagi dianggap sebagai satu kesalahan jenayah mulai hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#ganja
#senarai narkotik
#tanam ganja
#tumbuhan
#perubatan
#Akta Narkotik 1979
#marijuana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan