Skip to main content

Dunia

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi gesa pematuhan garis panduan tawaf

81737677248_Mekah.jpg
Jemaah digesa mematuhi laluan tawaf yang ditetapkan, walaupun tawaf juga boleh dilakukan di tingkat atas mengikut had kapasiti dan pengaturan operasi yang dibenarkan. - Gambar fail

MEKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menasihati pelawat ke Masjidil Haram supaya mengikuti garis panduan tawaf yang diluluskan sekali gus membantu mengekalkan kelancaran aliran di Mataf dan membolehkan jemaah umrah menyelesaikan ibadah mereka dengan lancar dan tenang.

Kementerian itu menjelaskan bahawa tingkat bawah Mataf telah dikhaskan secara eksklusif untuk menunaikan umrah bagi melancarkan tawaf dan membolehkan jemaah melaksanakan ibadah mereka dengan selesa, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Advertisement

Jemaah digesa mematuhi laluan tawaf yang ditetapkan, walaupun tawaf juga boleh dilakukan di tingkat atas mengikut had kapasiti dan pengaturan operasi yang dibenarkan.

Panduan utama untuk membantu melancarkan aliran jemaah termasuk memulakan tawaf berhampiran Hajar Aswad, bergerak perlahan-lahan di sepanjang laluan yang ditetapkan selain mengelak berjalan melawan arus atau menghalang pelaksana umrah yang lain.

Dengan mengikut arahan ini akan dapat memastikan keselamatan jemaah umrah dan menyumbang kepada pergerakan yang teratur di dalam Mataf.

Kementerian itu juga memuji usaha berterusan Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci dalam menyantuni pengunjung Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Antara tugas mereka adalah untuk memeriksa kepadatan orang ramai di kawasan Mataf dan Sa'i.

Kementerian menggalakkan pengunjung Masjidil Haram supaya menyemak keadaan orang ramai sebelum menunaikan umrah dan memilih tingkat yang sesuai untuk tawaf dan sa’i menerusi pautan https://alharamain.gov.sa/public/?module=module_794625.

Selain itu, pelawat boleh merujuk “Umrah and Visit Guide” (panduan umrah dan lawatan), yang menggariskan arahan tawaf dan garis panduan operasi lain sebagai sebahagian daripada sistem kesedaran komprehensif yang direka untuk menjadikan ibadah lebih mudah dan lebih tenang: https://haj.gov.sa/en/Awareness-Center/Awareness-Guides/Umrah-and-Visit-Guide

-- BERNAMA-SPA

 

TAG: Arab Saudi, umrah, Masjid Besar 

Must Watch Video