awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand jamin destinasi pelancongan selamat selepas kejadian gempa bumi

Bernama
Bernama
30/03/2025
20:30 MYT
Thailand jamin destinasi pelancongan selamat selepas kejadian gempa bumi
Lapangan terbang antarabangsa, termasuk di Bangkok dan di pulau peranginan popular Phuket, juga telah kembali beroperasi seperti biasa. - Gambar Reuters
BANGKOK: Thailand menegaskan bahawa negara itu selamat untuk dikunjungi oleh pelancong selepas gempa bumi dahsyat melanda rantau ini, dengan menteri pelancongannya berkata bahawa tiada pelancong yang tercedera dan tiada lokasi pelancongan yang terjejas, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Dalam satu hantaran di X, dinyatakan bahawa "perjalanan, hotel, dan acara akan berjalan seperti biasa.
"Pemeriksaan keselamatan sedang dijalankan. Polis pelancong memantau lokasi utama. Tiada pembatalan perjalanan."
Lapangan terbang antarabangsa, termasuk di Bangkok dan di pulau peranginan popular Phuket, juga telah kembali beroperasi seperti biasa, menurut kenyataan daripada pihak pengendali.
Sebelum ini, terminal dan landasan telah diperiksa bagi memastikan tiada kerosakan.
Sektor pelancongan menyumbang 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand dan menggaji lebih daripada 20 peratus daripada jumlah tenaga kerja negara itu, menurut ucapan gabenor bank pusat tahun lalu.
Gempa bumi yang melanda Myanmar mengakibatkan 17 kematian di Bangkok setakat ini.
Sekurang-kurangnya 83 orang dilaporkan masih hilang manakala 32 lagi cedera, menurut pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#gempa bumi
#keselamatan
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan