awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN selesai lebih 12,000 permohonan dokumen pengenalan diri penduduk pedalaman Sarawak
SPRM dedah sehingga 3,000 kontena e-waste diseludup masuk, siasatan diperhebat
WEF 2026: Kanada bantah keras tarif AS berkaitan isu Greenland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand jangka kes COVID-19 meningkat selepas Songkran

Bernama
Bernama
16/04/2023
12:00 MYT
Thailand jangka kes COVID-19 meningkat selepas Songkran
Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, seperti memantau kesihatan diri dari sebarang gejala COVID-19. -Gambar hiasan
BANGKOK: Thailand memantau rapi situasi COVID-19 selepas sambutan Pesta Songkran dan pihak berkuasa kesihatan menjangkakan peningkatan kes dengan ketara susulan perhimpunan sosial, aktiviti dan perjalanan ke kampung halaman.
Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) memaklumkan langkah pencegahan termasuk keperluan ujian COVID-19 dimansuhkan, boleh menyebabkan peningkatan jumlah kes COVID-19.
Di samping itu, DDC memaklumkan semakin kurang orang memakai pelitup muka semasa berada di luar rumah.
"Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, seperti memantau kesihatan diri dari sebarang gejala COVID-19 sekurang-kurangnya tujuh hari, dan menjaga jarak dengan warga emas serta penghidap penyakit kronik," menurut DDC dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pengarah DDC Thares Krasanairawiwong berkata terdapat 435 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan purata 62 kes sehari, sejak 9 hingga 15 April.
Dalam tempoh yang sama, terdapat 30 kes radang paru-paru dilaporkan dan 19 kes telah diberi bantuan pernafasan, masing-masing meningkat 58 peratus dan 36 peratus berbanding minggu sebelumnya.
"Dua kematian dilaporkan dalam tempoh yang sama," katanya.
Justeru, beliau menggesa orang ramai, khususnya warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit untuk menerima suntikan penggalak.
Sementara itu, Dr Sopon Iamsirthavorn berkata sebanyak enam kes XBB.1.16, varian baharu COVID-19 dikesan di Thailand setakat ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini menyatakan XBB.1.16 "satu varian yang perlu dipantau" dan telah dikesan di 29 negara.
Menurut laporan media, lonjakan kes COVID-19 di India dipacu oleh varian dominan XBB1.16.
-- BERNAMA
Thailand jangka kes COVID-19 meningkat selepas Pesta Songkran
Topic Berkaitan
#Thailand
#kesihatan
#COVID-19
#Songkran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan