DUNIA
Thailand keluar amaran banjir, tanah runtuh di 33 wilayah

DDPM mengarahkan agensi berkaitan bersiap siaga 24 jam, memantau kawasan berisiko tinggi, membaiki benteng banjir, membersihkan saluran air serta menutup tarikan pelancongan semula jadi jika perlu. - Gambar fail/ FB Cherdchai Ongsakul
BANGKOK: Kerajaan Thailand menyenaraikan 33 wilayah dalam keadaan berjaga-jaga minggu ini susulan ramalan hujan lebat berterusan yang berpotensi mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh.
Ringkasan AI
- Kerajaan Thailand menyenaraikan 33 wilayah dalam keadaan berjaga-jaga susulan ramalan hujan lebat berterusan yang berpotensi menyebabkan banjir kilat, limpahan air hujan dan tanah runtuh.
- Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) mengarahkan agensi berkaitan bersiap siaga 24 jam, memantau kawasan berisiko tinggi, membaiki benteng banjir, membersihkan saluran air serta menutup tarikan pelancongan semula jadi jika perlu.
- Penduduk di kawasan berisiko digesa mendapatkan maklumat terkini melalui aplikasi THAI DISASTER ALERT dan sistem siaran sel; langkah ini diambil susulan insiden banjir besar pada November lalu yang meragut 29 nyawa.
Menurut Sasikan, DDPM turut mengarahkan pihak berkuasa wilayah dan pusat pencegahan bencana serantau agar memantau secara rapi kawasan yang mencatatkan taburan hujan melebihi 90 milimeter dalam tempoh 24 jam, serta kawasan yang sering dilanda banjir.
"Pihak berkuasa perlu segera memeriksa dan membaiki benteng banjir, membersihkan saluran air yang tersumbat serta mengurus sumber air dari hulu ke hilir secara sistematik.
"Tarikan pelancongan semula jadi yang berisiko seperti air terjun dan gua juga mesti dipantau dengan teliti. Sekiranya terdapat ancaman bahaya, kawasan itu perlu ditutup serta-merta," katanya.
Kerajaan turut menggesa penduduk di kawasan berisiko tinggi agar sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui aplikasi 'THAI DISASTER ALERT' dan platform rasmi dalam talian Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana.
Beliau berkata, sistem amaran melalui siaran sel atau cell broadcast kini beroperasi sepenuhnya dan bersedia untuk digunakan di seluruh negara.
Pada November tahun lalu, banjir besar yang melanda selatan Thailand telah meragut 29 nyawa dan memaksa lebih 100,000 keluarga berpindah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami