Thailand, Kemboja setuju gencatan senjata serta-merta mulai tengah hari ini

Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan melaksanakan gencatan senjata selepas pertempuran berlarutan di sempadan kedua-dua negara. -Foto Facebook Army Military Force
BANGKOK/PHNOM PENH: Thailand dan Kemboja hari ini mencapai persetujuan melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula jam 12 tengah hari waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia), sekali gus menamatkan beberapa minggu pertempuran di sempadan kedua-dua negara.
Ringkasan AI
- Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan melaksanakan gencatan senjata selepas pertempuran berlarutan di sempadan kedua-dua negara.
- Persetujuan termasuk menghentikan serangan terhadap orang awam, infrastruktur awam, dan sasaran ketenteraan.
- Thailand bersetuju memulangkan 18 tentera Kemboja yang ditahan jika gencatan senjata kekal sekurang-kurangnya 72 jam.
“Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta selepas menandatangani kenyataan bersama ini, berkuat kuasa pada jam 12 tengah hari (waktu tempatan) 27 Disember 2025,” menurut kenyataan itu.
Sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian, Thailand juga bersetuju memulangkan 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan jika gencatan senjata kekal sekurang-kurangnya 72 jam.
Kedua-dua pihak turut bersetuju membenarkan penduduk yang berpindah akibat konflik kembali ke kediaman masing-masing di kawasan sempadan terjejas.
Pertempuran yang tercetus awal bulan ini berpunca daripada pertikaian wilayah berlarutan, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melancarkan serangan terlebih dahulu.
Insiden itu menyebabkan kematian tentera dan orang awam serta kerosakan infrastruktur di wilayah Siem Reap, Kemboja dan kawasan bersempadan di Thailand.
Penganalisis serantau menyifatkan persetujuan ini sebagai langkah penting meredakan ketegangan dan mengelakkan konflik bersenjata lebih meluas.
Namun mereka menggesa kedua-dua negara terus berunding secara diplomatik bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap pertikaian sempadan yang berlarutan selama beberapa dekad.
Gencatan senjata ini turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, termasuk ASEAN, yang sebelum ini menyeru kedua-dua negara menahan diri dan menyelesaikan pertikaian melalui saluran damai.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan gencatan senjata? A: Mereka mencapai persetujuan selepas pertempuran berlarutan di sempadan kedua-dua negara.
- Q: Apa yang termasuk dalam persetujuan gencatan senjata di antara Thailand dan Kemboja? A: Persetujuan termasuk menghentikan serangan terhadap orang awam, infrastruktur awam, dan sasaran ketenteraan.
- Q: Apakah yang diminta Thailand sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian gencatan senjata? A: Thailand bersetuju memulangkan 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan jika gencatan senjata kekal sekurang-kurangnya 72 jam.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

