awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand: Kerjasama antarabangsa dengan PBB penting untuk tangani cabaran global

Bernama
Bernama
24/10/2023
13:54 MYT
Thailand: Kerjasama antarabangsa dengan PBB penting untuk tangani cabaran global
Srettha berkata dunia masih bergantung kepada PBB untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan menyokong keamanan yang berkekalan. - Gambar fail/Bernama
BANGKOK: Thailand mengulangi sokongannya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memandangkan kerjasama antarabangsa dengan badan dunia itu penting dalam menangani cabaran global.
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata dunia masih bergantung kepada PBB untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan menyokong keamanan yang berkekalan.
"Dunia memerlukan kerjasama antarabangsa dengan PBB sebagai terasnya untuk bertindak balas terhadap cabaran global semasa.
"Berikutan konflik yang semakin meruncing dan krisis kemanusiaan di banyak wilayah, kita sangat memerlukan PBB.
"Kerajaan Thailand akan terus menyokong PBB dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk membina dunia yang aman untuk rakyat Thailand dan masyarakat antarabangsa, serta menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan sempena hari ulang tahun ke-78 PBB pada Selasa.
Srettha berkata Thailand akan menyambut ulang tahun ke-77 keanggotaannya dalam PBB pada Disember tahun ini.
Beliau berkata tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
"Saya gembira melihat Thailand terus memainkan peranan yang membina dan bertanggungjawab sebagai negara anggota PBB.
"Sebagai komitmen dalam mempromosi hak asasi manusia, Thailand telah mengemukakan pencalonan untuk menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (HRC) bagi penggal 2025-2027," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UDHR
#PBB
#cabaran global
#menyokong keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan