Skip to main content

Sukan

Kongres FAM: Ada peluang kemuka bantahan - Peguam

[TB]_peguam sukan, Nik Erman Nik Roseli_STADIUM ASTRO
Jika tidak puas hati tentang isu teknikal melibatkan kelayakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dalam kongres itu, boleh membawa isu berkenaan ke CAS, jelas Nik Erman. - StadiumAstro
Advertisement

ADA ruang untuk mengemukakan bantahan, kata peguam sukan, Nik Erman Nik Roseli, berhubung keputusan Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Katanya, jika ada mana-mana pihak yang tidak puas hati kerana isu teknikal melibatkan kelayakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dalam kongres itu, mereka boleh membawa isu berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

"Saya perlu tambah, ia bukan hanya (melibatkan) kelayakan guaman sahaja, maksudnya bukan sekadar memiliki ijazah dalam undang-undang tetapi memang layak untuk mengamalkannya sebagai peguam," katanya kepada Astro Arena.

"Jadi, syarat kelayakannya memang jelas dan tiada keraguan. Saya percaya mereka boleh membawa isu ini, sama ada ke AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) atau kepada FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) atau CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan).

"Tetapi saya melihat isu ini sebagai salah satu cabaran jika ada ahli gabungan yang membantah, adakah ahli gabungan yang membantah (melakukannya) sebelum pemilihan bermula?

"Pada pendapat saya, mereka tidak boleh melangkaui statut dan itulah kepentingan untuk semua perwakilan memahami bahawa statut itu lebih tinggi daripada keputusan bersama.

"Jika semua bersetuju, selagi mana statut tidak dipatuhi, memang tidak boleh tetapi seperti yang saya katakan, selagi mana mesyuarat itu tidak dipertikaikan, keputusannya masih sah," ujar beliau.

Must Watch Video

Advertisement