awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand ketiga tertinggi dunia bagi waktu bekerja paling panjang – ILO

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2025
03:30 MYT
Thailand ketiga tertinggi dunia bagi waktu bekerja paling panjang – ILO
Selain jam kerja yang panjang, budaya “presenteeism” atau keperluan untuk sentiasa dilihat bekerja masih berakar kuat di tempat kerja. - Gambar fail
BANGKOK: Thailand kini berada di tangga ketiga dunia bagi tempoh bekerja paling panjang, menurut laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Hampir 46.7 peratus pekerja di negara itu bekerja lebih 48 jam seminggu berbanding purata global 40 jam, menjadikan waktu kerja rakyat Thailand jauh lebih tinggi daripada purata dunia, lapor The Nation.
Selain jam kerja yang panjang, budaya “presenteeism” atau keperluan untuk sentiasa dilihat bekerja masih berakar kuat di tempat kerja.
Antara 35 hingga 48 peratus pekerja mengaku tetap hadir walaupun sakit kerana takut membebankan rakan sekerja atau dinilai negatif oleh majikan.
Pakar memberi amaran, tabiat ini menurunkan produktiviti dan meningkatkan risiko keletihan melampau serta tekanan kerja.
Walaupun tahap tekanan tinggi, ramai pekerja Thailand enggan mengambil cuti tahunan kerana rasa bersalah dan keengganan menyusahkan orang lain.
Kajian mendapati 80 peratus pekerja percaya mereka berhak mendapat lebih banyak cuti, namun tidak berani mengambilnya kerana bimbang membebankan pasukan.
Sementara itu, 74 peratus mengaku pernah membatalkan cuti kerana beban kerja, dan hampir suku masih memeriksa e-mel pejabat ketika sedang bercuti.
Laporan ILO pada 2024 menunjukkan Bhutan menduduki tempat pertama dengan purata 54.4 jam seminggu, diikuti Emiriah Arab Bersatu 50.9 jam.
Topic Berkaitan
#Pekerja
#waktu bekerja
#ASEAN
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan