BANGKOK: Dalam usaha meningkatkan jumlah ketibaan pelancong pada kemuncak musim pelancongan, bermula 1 Oktober, pelancong dari 64 negara dan wilayah dalam senarai pengecualian visa termasuk Malaysia boleh tinggal di Thailand sehingga 45 hari berbanding tempoh semasa 30 hari.
Kabinet Thailand pada Selasa juga meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh visa semasa ketibaan yang terpakai kepada warganegara dari 19 negara termasuk India, Arab Saudi dan China daripada 15 hari kepada 30 hari.
Selain itu, pelawat dari negara atau wilayah masuk tanpa visa di bawah perjanjian dua hala tertentu akan dapat tinggal lebih lama daripada 30 hari kepada 45 hari.
Timbalan Jurucakap Kerajaan Traisuree Taisaranakul berkata lanjutan sementara itu akan berkuatkuasa dari 1 Okt hingga 31 Mac tahun depan.
"Kelulusan itu dibuat bertujuan merancakkan lagi industri pelancongan negara dan merangsang pemulihan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Thailand mensasarkan ketibaan sekurang-kurangnya 10 juta pelancong asing menjelang akhir tahun ini dengan 1.5 juta pelancong asing dari Oktober hingga Disember.
Sementara itu, ia turut bercadang mengeluarkan COVID-19 daripada senarai penyakit terlarang untuk warga asing yang masuk ke negara itu.
Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata kabinet meluluskan notis kementerian yang mengecualikan COVID-19 daripada senarai penyakit terlarang untuk pelawat dan penduduk asing yang memohon visa dan permit menetap di bawah Akta Imigresen.
"Ia akan berkuat kuasa sebaik sahaja disiarkan dalam Warta Diraja," katanya dalam satu kenyataan.
Rakyat asing yang memasuki negara itu mestilah bebas daripada penyakit kusta, batuk kering, untut, ketagihan dadah, alkoholisme dan sifilis tahap ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Thailand mensasarkan ketibaan sekurang-kurangnya 10 juta pelancong asing menjelang akhir tahun ini dengan 1.5 juta pelancong asing dari Oktober hingga Disember. - Gambar hiasan/ Unsplash
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.