awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand lanjutkan pengecualian Borang TM.6, mudahkan prosedur perjalanan

Bernama
Bernama
15/10/2024
10:17 MYT
Thailand lanjutkan pengecualian Borang TM.6, mudahkan prosedur perjalanan
Borang TM.6 merupakan dokumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pelawat asing bagi tujuan pemeriksaan serta pemantauan keselamatan negara. - Gambar fail/Bernama
BANGKOK: Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra mengumumkan bahawa Thailand melanjutkan pengecualian bagi warga asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika memasuki dan keluar dari negara itu sehingga 30 April 2025.
Borang TM.6 merupakan dokumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pelawat asing bagi tujuan pemeriksaan serta pemantauan keselamatan negara, diperkenalkan pada 15 April dan sepatutnya berakhir hari ini.
"Seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Luar, mesyuarat Kabinet meluluskan lanjutan tempoh pengecualian untuk menyerahkan Borang TM.6 bagi warga asing yang memasuki atau keluar dari Thailand di semua 16 pusat pemeriksaan imigresen sementara, termasuk laluan darat dan laut, dari 16 Okt 2024 hingga 30 April 2025," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Selasa.
Paetongtarn juga mengarahkan Kementerian Dalam Negeri untuk mengeluarkan pengumuman segera bagi menyelaras prosedur perjalanan dan mempromosikan pelancongan, sekali gus merangsang ekonomi negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Borang TM 6
#perjalanan
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan