awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand musnah 9.3 tan metrik dadah sempena hari memerangi penyalahgunaan dadah

Bernama
Bernama
26/06/2017
13:56 MYT
Thailand musnah 9.3 tan metrik dadah sempena hari memerangi penyalahgunaan dadah
Anggota polis berkawal dihadapan methamphetamine dan amphetamine sebelum dimusnahkan di kawasan perindustrian Bang Pa-in di Ayutthaya hari ini. --fotoBERNAMA
Pihak berkuasa Thailand memusnahkan 9,300 kilogram dadah yang dirampas bernilai 20.791 bilion Baht (kira-kira RM2.6 bilion) sempena menyambut Hari Antarabangsa Memerangi Penyalahgunaan Dadah dan Penyeludupan Dadah hari ini.
Dadah itu termasuk heroin, ‘Yaba’ (Gila), Methaphetamine Kristal ‘Ice’, Ganja dan Kratom yang dimusnah menggunakan insinerator di Pusat Pengurusan Utiliti dan Alam Sekitar di kawasan perindustrian Bang Pa-in Ayutthaya.
“Dadah itu dirampas daripada 6,546 serbuan dan penahanan di seluruh Thailand,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Awam hari ini.
Yaba merupakan dadah terbesar yang dimusnahkan dengan jumlah 87 juta pil atau 7,886 kilogram bernilai 17.5 bilion Baht (RM2.19 bilion).
Yang turut dimusnah ialah 1,185 kilogram Ice dan 169 kilogram Heroin.
Sebanyak 6,853 kilogram Ganja dan Kratom bernilai 54 juta Baht (RM6.75 juta) turut dimusnah.
Dadah lain yang dimusnah termasuk candu dan kokain.
Dadah-dadah itu didakwa dihasilkan di kilang-kilang rahsia di kawasan Segi Tiga Emas di sempadan utara Thailand, Myanmar dan Laos.
Jiran Thailand seperti Myanmar dan Kemboja turut memusnahkan dadah hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Kementerian Kesihatan
#rampasan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan