BANGKOK: Perhatian kini tertumpu kepada keputusan pilihan raya Thailand setelah pusat mengundi ditutup pada 5 petang (waktu tempatan) dan proses pengiraan bermula.
Kira-kira 52 juta pengundi layak untuk memilih wakil di dewan rakyat yang mempunyai 500 kerusi. Pilihan raya sengit itu menyaksikan lebih 6,000 calon daripada 67 parti politik bertanding.
Sebanyak 94,737 pusat mengundi dibuka di seluruh negara pada 8 pagi dan ditutup 5 petang hari ini.
Proses pengiraan bermula di pusat mengundi sebaik pengundian ditutup.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand menjangkakan 80 peratus daripada kira-kira 52 juta pengundi yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
Dijangkakan 95 peratus keputusan tidak rasmi akan dikeluarkan menjelang 11 malam.
SPR dijangka memperakui 95 peratus undi atau 475 daripada 500 kerusi dalam tempoh 60 hari.
Sejumlah 400 kerusi diperuntukan untuk calon yang menang di kawasan pilihan raya manakala 100 kerusi lagi parti diperuntukkan secara perwakilan berkadar.
Setiap pengundi akan mengundi untuk memilih wakil rakyat kawasan tempatan dan satu lagi untuk parti pilihan mereka di peringkat nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Sebanyak 94,737 pusat mengundi dibuka di seluruh negara pada 8 pagi dan ditutup 5 petang hari ini. - Gambar Reuters/Stringer
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.