awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan

Bernama
Bernama
22/02/2024
23:50 MYT
Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan
Thailand menjangka menerima 35 juta pelawat pada 2024, kurang daripada rekod 39.8 juta ketibaan dan 1.91 trilion baht hasil yang dijananya pada 2019.
BANGKOK: Thailand memperkenal skim baharu untuk pelancong asing yang menyediakan bantuan awal dan kos perubatan sehingga 500,000 baht (RM66,660) sekiranya berlaku kemalangan, jenayah dan kecemasan lain, bagi meningkatkan keselamatan kepada pelawat selain memperkukuh sektor pelancongan negara.
Jika berlaku kematian, kerajaan akan membayar pampasan sehingga 1 juta baht (RM133,315), tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Thailand.
Bermula 1 Jan hingga 31 Ogos, skim Thailand Traveller Safety (TTS) dilaksanakan bagi meyakinkan pelancong asing mengenai perlindungan keselamatan mereka semasa melawat Thailand.
Bagaimanapun, skim itu tidak termasuk kemalangan yang berpunca daripada kecuaian, niat, perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tingkah laku yang berisiko.
Jurucakap Kerajaan Chai Wacharonke berkata Perdana Menteri Srettha Thavisin mengutamakan keselamatan pelancong dan meluluskan skim yang dimulakan oleh Kementerian Pelancongan dan Sukan.
"Kerajaan memperuntukkan 50 juta baht untuk menyediakan bantuan kepada pelancong asing mengikut kes sekiranya berlaku kemalangan, jenayah dan kejadian malang atau bencana lain yang berlaku dari 1 Januari hingga 31 Ogos tahun ini.
"Program itu bertujuan memastikan keselamatan pelancong dan meningkatkan keyakinan dalam industri pelancongan serta daya saing negara yang membawa kepada peningkatan hasil pelancongan," katanya dalam satu kenyataan.
Pelancong asing boleh mendaftar secara dalam talian untuk skim TTS secara percuma melalui https://www.tts.go.th/ sebelum mereka memasuki Thailand.
Thailand menjangka menerima 35 juta pelawat pada 2024, kurang daripada rekod 39.8 juta ketibaan dan 1.91 trilion baht hasil yang dijananya pada 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#sektor pelancongan
#Pelancong asing
#insurans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan