awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand sasar pelabur Jepun dan bakat digital bagi tingkatkan ekonomi digital

Bernama
Bernama
18/12/2023
13:03 MYT
Thailand sasar pelabur Jepun dan bakat digital bagi tingkatkan ekonomi digital
Srettha Thavisin turut menyokong Dialog Tenaga dan Perindustrian serta berharap dapat menjalin bekerjasama dengan Jepun di bawah rangka kerja AZEC. - Gambar fail
BANGKOK: Thailand berharap dapat menarik pelabur Jepun dan bakat digital terutamanya membabitkan pusat data dan cloud services demi meningkatkan ekonomi digitalnya.
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin turut menyokong Dialog Tenaga dan Perindustrian serta berharap dapat menjalin bekerjasama dengan Jepun di bawah rangka kerja Pelepasan Sifar Asia (AZEC) bagi mencapai matlamat iklim yang disasarkan.
Bagi menarik pelaburan yang lebih besar, Srettha turut menyampaikan hasrat Thailand memohon keahlian dalam Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).
"Thailand komited untuk mengekalkan iklim pelaburan yang menggalakkan bagi pelabur Jepun. Komitmen ini dizahirkan melalui beberapa langkah termasuk pengecualian visa untuk tujuan berkaitan perniagaan jangka pendek.
"Kerajaan Thailand juga telah menyeru kerajaan Jepun untuk memberikan sokongan kepada sektor swasta tempatan," katanya semasa pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida semasa Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun di sini Ahad.
Sementara itu, Jurucakap kerajaan Chai Wacharonke berkata berkata kedua-dua perdana menteri itu turut membincangkan situasi Myanmar, termasuk isu kemanusiaan.
"Kedua-dua perdana menteri bersetuju bahawa semua pihak harus menamatkan keganasan dan berusaha menyelesaikan masalah melalui dialog," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#thauland
#pelabur Jepun
#bakat digital
#ekonomi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan