awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand terbuka kepada gencatan senjata, mahu komitmen jelas daripada Kemboja

Bernama
Bernama
25/07/2025
13:31 MYT
Thailand terbuka kepada gencatan senjata, mahu komitmen jelas daripada Kemboja
Phumtham Wechayachai menekankan bahawa Kemboja mesti terlebih dahulu menunjukkan komitmen yang jelas dan ikhlas. - Reuters
BANGKOK: Thailand tidak membantah cadangan gencatan senjata berhubung pertempuran sempadan yang sedang berlaku dengan Kemboja, namun mahu penjelasan lebih lanjut mengenai terma pelaksanaannya, kata Pemangku Perdana Menteri Phumtham Wechayachai pada Jumaat.
Phumtham, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubunginya pada petang Khamis dan menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi memudah cara gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.
Thailand, katanya, bersetuju secara prinsip terhadap tawaran tersebut namun menekankan bahawa Kemboja mesti terlebih dahulu menunjukkan komitmen yang jelas dan ikhlas.
"Kami tidak membantah, tetapi untuk gencatan senjata berlaku, mesti ada kejelasan. Kami telah berusaha untuk merealisasikannya sejak awal, tetapi masih belum berhasil," kata Phumtham dalam sidang media mengenai situasi sempadan Thailand-Kemboja pada Jumaat.
Beliau turut mendedahkan bahawa beliau telah meminta Anwar supaya memastikan terdapat komitmen kukuh dan jaminan bahawa insiden serupa tidak akan berulang.
"Barulah kita boleh pertimbang langkah seterusnya. Buat masa ini, pasukan tentera kami masih berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya," katanya.
Pada Khamis, Anwar selaku Pengerusi ASEAN semasa telah menghubungi Phumtham dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, merayu agar kedua-dua pihak melaksanakan gencatan senjata segera dan kembali ke meja rundingan secara aman bagi menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan.
Anwar menyatakan bahawa Malaysia bersedia membantu dan memudah cara proses ini selaras dengan semangat perpaduan dan tanggungjawab bersama dalam ASEAN.
Pasukan tentera Thailand dan Kemboja bertempur awal Khamis di kawasan sempadan yang dipertikaikan, dengan kedua-dua pihak saling menuduh mencetuskan pusingan keganasan terbaharu itu - yang semakin memuncak sejak insiden pada 28 Mei berhampiran kawasan Preah Vihear yang menyebabkan seorang askar Kemboja terbunuh.
Kedua-dua negara jiran itu telah lama terperangkap dalam pertikaian diplomatik berhubung sempadan yang belum selesai sejak lebih satu abad lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#Thailand
#Phumtham Wechayachai
#Malaysia
#orang tengah
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan