awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand umum tiga cuti khas sempena Sidang Kemuncak APEC bulan depan

Bernama
Bernama
06/10/2022
00:10 MYT
Thailand umum tiga cuti khas sempena Sidang Kemuncak APEC bulan depan
Sidang Kemuncak APEC akan berlangsung di Pusat Konvensyen Queen Sirikit di Bangkok dari 18 hingga 19 Nov. - Facebook APEC 2022 Thailand
BANGKOK: Thailand mengumumkan cuti khas tambahan untuk Bangkok dan dua wilayah berhampiran dari 16 hingga 18 Nov (Rabu hingga Jumaat) bagi Bangkok, Nonthaburi dan Samut Prakan sempena Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Timbalan ketua setiausaha kepada Perdana Menteri dan pemangku jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri, berkata kabinet semalam meluluskan tiga cuti umum tambahan itu bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.
"Cuti khas itu juga akan memastikan aliran trafik lancar bagi pemimpin APEC untuk tiba di tempat itu," katanya pada sidang media di sini semalam.
Agensi kerajaan seperti hospital, mahkamah dan bank akan terus dibuka.
Sidang Kemuncak APEC akan berlangsung di Pusat Konvensyen Queen Sirikit di Bangkok dari 18 hingga 19 Nov.
Presiden China Xi Jingping, Presiden Perancis Emmanuel Macron, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr adalah antara pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak itu.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mungkin tidak menyertai AELW di Bangkok kerana urasan keluarga. Bagaimanapun, Thailand dan AS sedang menyelaras usaha bagi mencari jalan supaya presiden menghadiri mesyuarat itu.
APEC kini merangkumi 21 ekonomi, termasuk 19 negara dan dua wilayah. Ia terdiri daripada Australia, Brunei, Vietnam, Indonesia, Kanada, China, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Rusia, Singapura, AS, Thailand, Filipina, Chile dan Jepun, serta wilayah China Hong Kong dan Taiwan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#cuti khas
#kesesakan
#Sidang Kemuncak APEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan