BANGKOK: Seorang wanita rakyat Thailand yang didakwa melakukan beberapa siri pembunuhan menggunakan racun sianida berdepan sekurang-kurangnya 10 pertuduhan pembunuhan terancang.
Timbalan komander Bahagian Pencegahan Jenayah, Kolonel Anek Taosupap, berkata polis telah melakukan siasatan terperinci terhadap wanita berusia 36 tahun itu.
Beliau berkata siasatan mendapati mangsa mempunyai kaitan dengan suspek melalui skim pinjaman wang serta gadai janji kereta dan tanah.
"Ramai daripada mangsa telah memindahkan duit (berjumlah) lima hingga enam digit kepada suspek sebelum kematian mereka," katanya.
Wanita dikenali Sararat Rangsiwuthaporn itu didakwa meracuni mangsa menggunakan sianida yang berlaku sejak 2020.
Sehingga kini, polis telah mengenal pasti 10 orang telah menjadi mangsa termasuk seorang wanita yang maut di Nakhon Pathom pada Disember 2020.
Turut menjadi mangsa dua anggota polis wanita dan dua orang guru yang meninggal dunia di Nakhon Pathom pada 2021 dan 2022.
Seorang wanita dari Kanchanaburi terselamat daripada cubaan membunuh menggunakan racun itu.
Terdahulu, ibu dan kakak kepada seorang daripada mangsa, mendiang Siriporn Khanwong dari Kanchanaburi memfailkan aduan yang membawa kepada penahanan Sararat pada 25 April lalu.
Pada 14 April, Siriporn menemani suspek untuk membuat amalan Buddha yang dikenali merit-making, sebelum mangsa ditemukan meninggal dunia di tebing sungai Mae Klong di Ban Pong di Ratchaburi.
Siasatan awal menunjukkan suspek telah mencampurkan sianida dalam makanan Siriporn dan ketika mayatnya ditemukan, telefon bimbit, wang tunai dan beg mangsa didapati hilang.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, sianida adalah bahan kimia yang bertindak pantas yang mengganggu keupayaan tubuh untuk menggunakan oksigen dan menyebabkan serangan jantung serta berpotensi membawa maut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023
Seorang wanita rakyat Thailand yang didakwa melakukan beberapa siri pembunuhan menggunakan racun sianida berdepan sekurang-kurangnya 10 pertuduhan pembunuhan terancang. - Foto REUTERS
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Thailand: Wanita tempatan berdepan 10 tuduhan membunuh guna racun sianida
Seorang wanita rakyat Thailand yang didakwa melakukan beberapa siri pembunuhan menggunakan racun sianida berdepan sekurang-kurangnya 10 pertuduhan pembunuhan terancang.