awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Malaysia, Indonesia sepakat ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Belum ada persetujuan untuk sambung rundingan dengan AS, kata Iran

Bernama
Bernama
27/06/2025
15:00 MYT
Sponsor Banner
Belum ada persetujuan untuk sambung rundingan dengan AS, kata Iran
Araghchi mengesahkan bahawa kerosakan akibat perang 12 hari dengan Israel adalah "serius" dan pakar daripada Pertubuhan Tenaga Atom Iran sedang menjalankan penilaian terperinci. - Gambar Instagram
TEHRAN/WASHINGTON: Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi berkata pada Khamis bahawa tiada sebarang pengaturan atau komitmen dibuat untuk menyambung semula rundingan dengan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Dalam wawancara dengan penyiar negara IRIB, Araghchi berkata kemungkinan untuk memulakan semula rundingan sedang dipertimbangkan tetapi ia bergantung kepada sama ada kepentingan negara Iran dilindungi.
Beliau mengesahkan bahawa kerosakan akibat perang 12 hari dengan Israel adalah "serius" dan pakar daripada Pertubuhan Tenaga Atom Iran sedang menjalankan penilaian terperinci.
Pada hari sama, Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt mengesahkan bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang mesyuarat yang dijadualkan dengan Iran, sehari selepas Presiden AS Donald Trump berkata kedua-dua pihak akan berbincang dan bertemu "minggu depan."
Juga pada Khamis, Majlis Perlembagaan Iran meluluskan satu Rang Undang-Undang yang telah diluluskan parlimen untuk menggantung kerjasama negara itu dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Jurucakap majlis, Hadi Tahan Nazif berkata dalam wawancara dengan IRIB TV bahawa rang undang-undang itu telah disemak oleh majlis dan selaras dengan peraturan agama, undang-undang dan perlembagaan Iran.
Susulan kelulusan itu, Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Ghalibaf berkata rang undang-undang berkenaan telah diserahkan kepada kerajaan untuk pelaksanaan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#White House
#IAEA
#Donald Trump
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami