DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Jun 2025.
Jumlah kenderaan elektrik di seluruh dunia meningkat kira-kira satu pertiga tahun lepas kepada 55.8 juta unit, dengan China mencatatkan lebih 50 peratus daripada jumlah itu iaitu 31.4 juta unit.
Menteri Luar Jerman Johann Wadephul berkata beliau percaya Eropah berada dalam kedudukan kukuh untuk rundingan berpotensi dengan Iran mengenai program nuklear negara itu.
Polis Thailand menemukan dan menyahaktifkan empat peranti letupan di lapangan terbang Phuket dan beberapa destinasi pelancongan popular di pulau peranginan itu.
Telefon bimbit jenama Trump tidak lagi dipromosikan sebagai "Dibuat di Amerika Syarikat" seperti ketika idea itu dilancarkan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Khamis menegur amalan pemilihan terpilih dalam penerapan Piagam PBB.
Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan pengganti kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang kini hampir lumpuh.
Kru Shenzhou-20 berjaya melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) buat kali kedua mereka di stesen angkasa lepas pada Khamis, kata Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh sembilan individu dalam satu kes pembunuhan bersiri pada 2017 di Zama, wilayah Kanagawa, telah dihukum mati.
Analisis terhadap data Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR) sedang dijalankan.
Ketidakstabilan politik serta tekanan ekonomi yang meningkat mendorong petani di kawasan pergunungan terpencil untuk menanam pokok candu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami