MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Jun 2025.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 36 warga Bangladesh yang terlibat dalam gerakan militan berasaskan ideologi Islamic State (IS) dalam beberapa serbuan di Selangor dan Johor.
Dua lagi buah-buahan import iaitu limau mandarin dan kurma, dikecualikan daripada perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan bermula 1 Julai depan.
Lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut direman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar di sekolah tersebut.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang juga bekas Mufti Johor ke-11, Datuk Dr Nooh Gadot ditabalkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 1447 H.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah memberi peringatan jangan ada pihak bersifat ‘menunggang agama’ iaitu mempergunakan agama untuk kepentingan politik.
Sultan Ibrahim berkenan bertitah pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 H peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.
Tiga remaja termasuk dua perempuan yang ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang pelajar di Cyberjaya Selasa lalu, direman selama tujuh hari, bermula hari ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan bahawa insiden buli fizikal melibatkan enam pelajar yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, Kuala Terengganu baru-baru ini, harus dijadikan pengajaran kepada semua pelajar di MRSM lain agar tidak mengulangi perbuatan sama.
Kerajaan akan mempergiat semula Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada buah-buahan import, selain membantu meningkatkan pendapatan petani di seluruh negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami