awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan

Bernama
Bernama
10/02/2026
13:10 MYT
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Ramanan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memulakan penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) tahun ini yang menyediakan perundangan lebih jelas dalam mengiktiraf status serta melindungi kebajikan golongan berkenaan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan akan mula pantau penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 tahun ini, menawarkan perlindungan jelas dan kebajikan kepada 3.45 juta pekerja sektor tidak formal.
  • Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bawa Skim LINDUNG 24 Jam untuk lindungi pekerja sepanjang tempoh penggajian, termasuk kemalangan di luar waktu kerja.
  • Belanjawan 2026 beri insentif caruman 70 peratus bagi pendaftaran kali pertama di sektor belum dimandatorikan, manakala 50 peratus bagi pembaharuan caruman tahun kedua secara sukarela.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata langkah itu merupakan komitmen kementerian untuk memperkasakan jaringan keselamatan sosial bagi 3.45 juta pekerja sektor tidak formal yang kini merangkumi 21.8 peratus daripada jumlah guna tenaga negara.
Beliau berkata melalui pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 pula, kerajaan memperkenalkan Skim LINDUNG 24 Jam yang menawarkan perlindungan menyeluruh sepanjang tempoh penggajian, termasuk bagi kemalangan di luar waktu kerja.
"Prinsip tiada siapa yang ditinggalkan akan terus menjadi asas kepada dasar buruh dan perlindungan sosial negara.
"Kerajaan komited untuk memastikan bahawa pembangunan ekonomi digital negara tidak berlaku dengan mengorbankan kesejahteraan pekerja dan masa depan keluarga mereka," katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian Sumber Manusia di Dewan Rakyat hari ini.
Ramanan berkata bagi menggalakkan caruman, kerajaan melalui Belanjawan 2026 menyalurkan insentif 70 peratus caruman di bawah skim LINDUNG Kendiri untuk pendaftaran kali pertama dalam sektor belum dimandatorikan, serta 50 peratus bagi pembaharuan caruman tahun kedua secara sukarela.
Setakat 31 Dis 2025, seramai 869,913 Orang Bekerja Sendiri telah berdaftar dan mencarum secara aktif di bawah LINDUNG Kendiri, dengan 299,674 daripadanya merupakan pekerja sektor gig termasuk e-hailing atau e-panggilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#KESUMA
#pekerja gig
#Akta 872
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan