awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada petunjuk mengenai pelancong Malaysia hilang di Nepal

Bernama
Bernama
10/04/2015
14:33 MYT
Tiada petunjuk mengenai pelancong Malaysia hilang di Nepal
Pasukan pencari dan menyelamat masih tidak menemui sebarang petunjuk setakat ini mengenai pelancong Malaysia Dennis Lee Thian Poh.
Pasukan pencari dan menyelamat masih tidak menemui sebarang petunjuk setakat ini mengenai pelancong Malaysia Dennis Lee Thian Poh yang hilang sejak 5 April lepas di kawasan Ghorepani, daerah Myagdi, kira-kira 450km barat laut Kathmandu.
Dua pasukan, satu dengan anjing pengesan dan satu lagi dengan helikopter telah dihantar ke kawasan sepanjang laluan Ghorepani-Ghandruk untuk mengesan kedudukan Lee, kata Pengarah SAR Dogs Nepal, Jit Bahadur Masrangi.
"Mereka telah menggeledah keseluruhan laluan Ghorepani-Ghandruk tetapi tiada petunjuk ditemui," kata beliau.
Sementara itu, Balai Polis Ghorepani telah mengeluarkan notis mengumumkan ganjaran US$500 (RM1,830) kepada sesiapa yang memberikan petunjuk pertama lokasi Lee.
"Kami telah mengumumkan ganjaran wang tunai untuk menggalakkan penduduk tempatan membantu kami mengesan rakyat Malaysia yang hilang itu," kata Timbalan Ketua Polis Nepal Pankaj Shrestha.
Lee, 47 yang mengembara di laluan Pokhara-Mustang dengan sekumpulan lapan rakan dari Filipina, dilihat kali terakhir di Ghorepani, 5 April lepas, kata polis.
Kumpulan itu diuruskan oleh Holiday Tibet Trekking Company, kata pengarah syarikat itu Sonam Shrepa.
Topic Berkaitan
#Daniel Lee Thian Poh
#Ghorepani
#Mustang
#Nepal
#Pokhara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan