awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Anugerah Madani Agro Excellence iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada siapa ada hak guna veto dalam isu babitkan nasib rakyat Palestin - China

Bernama
Bernama
30/09/2022
00:03 MYT
Tiada siapa ada hak guna veto dalam isu babitkan nasib rakyat Palestin - China
China menyokong keadilan untuk rakyat Palestin mendapat semula hak kenegaraan mereka yang sah, dan menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan kedaulatan penuh. - Gambar hiasan
BEIJING: China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik kenyataan wakil China pada Rabu.
Dalam ucapannya pada mesyuarat Majlis Keselamatan, wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Zhang Jun, menekankan pentingnya untuk menegakkan keadilan dan hak Palestin.
"Bukan tiada pelan untuk menyelesaikan isu Palestin, namun tiada hati nurani yang baik untuk menegakkan keadilan. Sama ada Majlis Keselamatan melaksanakan tanggungjawabnya bukanlah bergantung kepada slogan yang lantang, sebaliknya perlu mengambil tindakan konkrit," katanya.
Beliau berkata Majlis Keselamatan wajar melaksanakan tugasnya secara objektif dan saksama mengikut konsensus antarabangsa dan menggalakkan semula rundingan Palestin-Israel tanpa berlengah, dan bukannya menunggu apa yang dianggap sebagai dialog matang.
Masyarakat antarabangsa mahukan penyelesaian awal, menyeluruh, adil dan berkekalan dalam isu Palestin, katanya sambil menambah bahawa Majlis Keselamatan terikat dengan tanggungjawabnya terhadap kedudukan Palestin, oleh itu ia mesti mengambil tindakan lebih aktif untuk menyokong Palestin dalam memulihkan serta melaksanakan hak mereka, selain merealisasikan keamanan berkekalan di Timur Tengah.
"Penyelesaian jangka panjang dalam isu Palestin-Israel mesti berdasarkan penyelesaian dua negara. Ini konsensus antarabangsa, dengan keadilan yang menjadi asas utama mesti dipatuhi dengan tegas," kata diplomat itu.
Beliau juga menegaskan bahawa China menyokong keadilan untuk rakyat Palestin mendapat semula hak kenegaraan mereka yang sah, dan menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan kedaulatan penuh berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Palestin
#Majlis Keselamatan
#kuasa veto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan