awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak cukup diancam isu perubahan iklim, populasi koala kini dijangkiti penyakit kelamin

Agensi
Agensi
07/11/2021
04:23 MYT
Tidak cukup diancam isu perubahan iklim, populasi koala kini dijangkiti penyakit kelamin
Bagi koala, chlamydia yang tidak dikawal boleh menyebabkan buta dan ketumbuhan yang menyakitkan dalam saluran reproduktif haiwan itu. - BARNAMA (Joel Carrett/AAP/dpa)
POPULASI koala kini berdepan ancaman pembunuh senyap, sekali gus berupaya melenyapkan kewujudan haiwan marsupial tersebut di kebanyakan kawasan di Australia, lapor CNN.
Ancaman itu adalah chlamydia, sejenis penyakit kelamin yang telah menjangkiti lebih daripada 100 juta manusia di seluruh dunia setiap tahun, hingga boleh mengakibatkan masalah ketidaksuburan jika tidak dirawat.
Bagi koala, chlamydia yang tidak dikawal boleh menyebabkan buta dan ketumbuhan yang menyakitkan dalam saluran reproduktif haiwan itu, lalu menjadi punca kemandulan ataupun kematian.
Lebih buruk, antibiotik yang digunakan dalam rawatan boleh merosakkan kandungan mikroorganisama baik dalam usus dan perut koala, yang diperlukan untuk pencernaan diet daun eucalyptus yang dimakan haiwan berkenaan.
Jika itu berlaku, koala berkenaan akan berlapar hingga mati, walaupun masalah chlamydia sudah diatasi.
Berbanding 10 peratus masalah chlamydia yang melanda populasi keseluruhan koala pada tahun 2008, ia bertambah menjadi 60 peratus pada 2015, dan kini melonjak ke 85 peratus.
“Jika anda memikirkannya, ancaman ketidaksuburan itu sudah pasti menjejaskan populasi. Dianggarkan setiap koala betina yang dijangkiti chlamydia akan menjadi mandul dalam tempoh setahun atau dua tahun. Jika ia tidak mati, ia tidak akan membiak,” ujar profesor patologi veterinar dari University of Sydney, Mark Krockenberger.
Para saintis kini sedang menuji cuba vaksin chlamydia untuk melindungi spesies istimewa tersebut.
"Kami jalankan semua ini dalam risiko tinggi kepupusan, jika strategi vaksin ini tidak berjaya,” jelas Krockenberger.
Selain penyakit, kelangsungan hidup koala juga sering diancam masalah kehilangan habitat, diserang anjing liar serta dilanggar kenderaan.
Pada tahun 2019, populasi koala di Australia menderita akibat bencana kebakaran hutan yang turut menjejaskan berbilion haiwan. Dianggarkan bagi spesies koala sahaja, lebih daripada 60,000 ekor haiwan itu mati akibat cedera dijilat api mahupun lemas akibat asap kebakaran.
Topic Berkaitan
#Koala
#penyakit kelamin
#Kepupusan
#haiwan terancam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan