awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak divaksin, tiada Terbuka Perancis untuk Novak Djokovic - Kementerian Sukan Perancis

Agensi
Agensi
17/01/2022
10:30 MYT
Tidak divaksin, tiada Terbuka Perancis untuk Novak Djokovic - Kementerian Sukan Perancis
Djokovic, (gambar) yang belum menerima vaksin COVID-19, telah dihantar pulang dari Australia pada Ahad selepas mahkamah mengekalkan keputusan kerajaan untuk membatalkan visanya - Foto/REUTERS
SELEPAS gagal menyertai Terbuka Australia susulan isu pembatalan visa, pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic besar kemungkinan berdepan situasi sama di Terbuka Perancis.
Ia selepas Kementerian Sukan Perancis pada Isnin menegaskan tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang pas vaksin baharu yang bakal dilaksanakan di negara itu.
Kementerian itu berkata, peraturan baharu itu terpakai kepada semua individu termasuk ahli sukan profesional.
"Undang-undangnya mudah. Pas vaksin akan dilaksanakan, dan sebaik sahaja undang-undang diisytiharkan, ia tertakluk kepada pas kesihatan.
"Ia akan terpakai kepada semua orang atau ahli sukan profesional, dan sehingga diberitahu kelak.
"Setakat ini, Terbuka Perancis dijangka diadakan pada Mei.
"Keadaan mungkin berubah antara sekarang dan akan datang, dan kami berharap ia akan menjadi lebih baik. Jadi kita akan lihat, tetapi ia jelas tiada pengecualian," demikian kata kementerian itu memetik Reuters.
BACA: Warganet muat naik 'meme' lucu iringi kepulangan Novak Djokovic
Undang-undang pas vaksin Perancis yang diluluskan oleh parlimen pada hari Ahad memerlukan orang awam mempunyai sijil vaksinasi bagi memasuki tempat awam seperti restoran, pawagam dan kereta api jarak jauh.
Djokovic, 34, yang belum menerima vaksin COVID-19, telah dihantar pulang dari Australia pada Ahad selepas mahkamah mengekalkan keputusan kerajaan untuk membatalkan visanya.
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#Terbuka Perancis
#Djokovic diusir
#berita luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan