awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tidak semua mayat tahanan akan dikembalikan pada Isnin' - Pegawai tentera Israel

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2025
01:00 MYT
'Tidak semua mayat tahanan akan dikembalikan pada Isnin' - Pegawai tentera Israel
Seorang wanita meletakkan gambar Yoram Metzger, bekas tahanan Israel yang terbunuh semasa dalam tahanan. - Foto REUTERS
TEL AVIV: Seorang pegawai kanan tentera Israel mengesahkan bahawa tidak semua mayat tahanan yang terbunuh di Gaza akan dikembalikan pada hari Isnin, meskipun pertukaran tebusan dijadualkan berlangsung sebagai sebahagian daripada pelaksanaan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Ringkasan AI
  • Tentera Israel sahkan tidak semua mayat tahanan akan dikembalikan Isnin ini, meskipun pertukaran tebusan dijadualkan berlangsung di bawah pelan damai gencatan senjata.
  • Badan antarabangsa akan ditubuhkan bagi mengenal pasti dan mencari baki mayat tahanan yang tidak diserahkan dalam fasa awal pertukaran.
  • Ketidaktentuan pemulangan mayat tahanan cetus tekanan politik dan emosi, ketika Israel bersedia membebaskan 1,700 tahanan Palestin sebagai balasan.

“Kami menjangkakan bahawa tidak semua tahanan yang telah terkorban akan dikembalikan esok,” kata pegawai tersebut dalam satu taklimat media lewat Ahad.
Kenyataan itu dibuat menjelang fasa pertama pelan damai yang dirangka oleh Presiden Donald Trump, yang memperuntukkan pembebasan 20 tebusan hidup dan penarikan tentera Israel dari beberapa zon konflik di Gaza.
Jurucakap pejabat Perdana Menteri Israel, Shosh Bedrosian, turut memaklumkan bahawa sebuah badan antarabangsa akan ditubuhkan bagi mengenal pasti dan mencari baki mayat tahanan yang tidak dikembalikan dalam pertukaran awal.
Menurut perjanjian gencatan senjata, Hamas diberi tempoh sehingga tengah hari Isnin untuk menyerahkan semua tebusan, termasuk yang telah meninggal dunia.
Sebagai balasan, Israel akan membebaskan kira-kira 1,700 tahanan Palestin dari penjara-penjara negara itu.
Ketiadaan kepastian mengenai pemulangan semua mayat tahanan dijangka menimbulkan tekanan politik dan emosi dalam kalangan keluarga mangsa serta masyarakat Israel yang menantikan kepulangan orang tersayang.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#mayat tahanan
#Israel
#Gaza
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami