awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga angkasawan berjaya berlabuh di stesen angkasa China

Bernama
Bernama
30/10/2024
09:43 MYT
Tiga angkasawan berjaya berlabuh di stesen angkasa China
Kapal angkasa Shenzhou-19 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F, pada Rabu, 4.27 pagi waktu tempatan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Mongolia Dalam di wilayah Gansu. - AP
ISTANBUL: Tiga angkasawan berjaya berlabuh di stesen angkasa China selepas pelancaran kru Shenzhou-19 awal Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kapal angkasa Shenzhou-19 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F, pada Rabu, 4.27 pagi waktu tempatan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Mongolia Dalam di wilayah Gansu.
Tiga angkasawan itu ialah Cai Xuzhe, 48, Song Lingdong, 34, dan Wang Haoze, 34.
Wang ialah angkasawan wanita China pertama manakala Cai berkhidmat sebagai komander misi terbaru. Ia merupakan misi kedua Cai dalam tempoh 22 bulan.
Kru itu bertemu dengan angkasawan lain, yang dikenali sebagai taikonaut di China, untuk melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit.
Anak kapal Shenzhou-19 akan mengawal operasi angkasa lepas daripada taikonaut Shenzhou-18, yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke bumi selepas menjalankan penyelidikan angkasa lepas selama enam bulan.
"Kami menjalani latihan sebagai satu pasukan selama lebih setahun, mengekalkan keadaan terbaik dan piawaian tertinggi dipatuhi," kata Cai menjelang pelancaran.
China pertama kali melancarkan misi angkasawan, Shenzhou-5, pada 2003.
Ye Guangfu dan rakan sepasukan Li Cong dan Li Guangsu dari kru Shenzhou-18 kini berada di stesen angkasa Tiangong yang dibina hasil teknologi tempatan China.
Beijing melancarkan kru Shenzhou-18 pada 25 April dan mereka dijangka kembali pada 4 Nov di Tapak Pendaratan Dongfeng.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Stesen Angkasa China
#angkasawan
#pertukaran syif
#Shenzhou-19
#Long March-2F
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan