Dua guru wanita beragama Islam dan seorang guru lelaki beragama Buddha maut apabila sebutir bom meletup di depan Hospital Daerah Chanet hari ini.
Kejadian pada 9.07 pagi itu turut menyaksikan dua daripada tujuh anggota polis yang mengiringi guru berkenaan ke sebuah sekolah, cedera.
Ketua Polis wilayah Narathiwat Mejar Jeneral Wichai Kasemwong berkata bom seberat 12 kilogram itu diisi dalam kotak besi dan diletak di tepi jalan di depan hospital berkenaan sebelum diaktif menggunakan telefon bimbit.
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Najihah Yira, 38, Nurjihan Awae, 44, dan Apichat Benjulamart, 33.
Sementara itu, Arong, seorang pemilik kedai kopi di Kampung Lubuk Datok, Mukim Lubuk Besar di sini tidak bersemangat untuk bekerja selepas kejadian tembakan di kedainya semalam yang menyebabkan dua mati dan seorang cedera.
Menceritakan insiden yang berlaku pada 7.40 malam itu, Arong berkata beliau membuka kedai untuk menjual minuman selepas berbuka puasa.
Beliau berkata ketika kejadian, beberapa penduduk beragama Islam mengunjungi kedainya untuk minum teh sebelum menunaikan sola Isyak dan Tarawih di masjid berhampiran yang hanya terletak 100 meter dari situ.
"Saya berdiri menjual teh. Mula-mula ingatkan kanak-kanak bermain bedil, tetapi apabila bunyi tembakan berterusan, sayapun meniarap," katanya.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Awae Niksayu, 58, dan Tuanmaseng Mong ,42.
Wichai Kasemwong berkata dalam kejadian itu, seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya melepaskan tembakan menggunakan senjata AK47 ke arah orang kampung yang sedang minum di kedai Arong.
Beliau berkata kejadian itu masih disiasat, iaitu sama ada ia berkaitan hal peribadi atau mempunyai hubung kait dengan situasi di Selatan Thai ketika ini.
Tempoh 15 hari dalam bulan Ramadan ini menyaksikan 32 insiden membabitkan 27 kes tembak dan lima pengeboman yang meragut nyawa 22 orang serta mencederakan 28 yang lain.
Bernama
Wed Jul 24 2013
Kereta yang dipandu mangsa
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Gencatan senjata di selatan Lubnan elak lebih banyak keganasan, serangan - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata di Selatan Lubnan yang berkuat kuasa semalam akan mengelakkan lebih banyak keganasan dan serangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pihak berkuasa Brazil siasat insiden letupan sebagai ancaman keganasan
Francisco Wanderley Luiz memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan ke arah Mahkamah Agung.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Pakistan kecam serangan Israel guna peranti komunikasi di Lubnan
Menggunakan kaedah siber dan elektronik untuk melakukan keganasan di negara lain adalah tidak boleh diterima, kata Jurucakap Kementerian Luar, Mumtaz Zahra Baloch.
Pakistan bertindak tegas dalam memerangi keganasan
PM Shehbaz Sharif mempengerusikan mesyuarat kabinet persekutuan di Islamabad untuk membincangkan tentang serangan di Balochistan.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
Angka korban serangan bom berani mati di Pantai Lido Mogadishu meningkat kepada 32
Pada Jumaat, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di Pantai Lido yang popular berhampiran sebuah hotel di ibu kota Somalia.
Bangladesh sambung semula internet mudah alih selepas 10 hari tanpa perkhidmatan
Perkhidmatan itu disambung semula pada pukul 3 petang waktu tempatan.
Lelaki ditahan di Perancis disyaki rancang keganasan
Polis Perancis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan sehari sebelum pembukaan Sukan Olimpik di Paris.
PM Bangladesh tuduh pembangkang dalangi keganasan protes pelajar
Sheikh Hasina mendakwa parti pembangkang utama BNP dan Parti Jamaat e-Islami menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran negara itu.