DUNIA
Tiga lagi saintis nuklear Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel

Pasukan tentera Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Iran pada awal pagi Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu. - AP
ISTANBUL: Tiga lagi saintis nuklear Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan tentera Israel ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik saluran TV rasmi Iran, Press TV pada Sabtu.
Saintis yang maut dikenal pasti sebagai Ali Bakaei Karimi, Mansour Asgari dan Saeed Borji.
Pada Jumaat, agensi berita Tasnim melaporkan enam saintis nuklear terbunuh dalam serangan serupa oleh Israel.
Mereka yang dinamakan dalam laporan itu ialah Abdulhamid Minouchehr, Ahmadreza Zolfaghari, Seyyed Amirhossein Faqhi, Motablizadeh, Mohammed Mehdi Tehranchi dan Fereydoun Abbasi.Pasukan tentera Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Iran pada awal pagi Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu.
Serangan itu mengorbankan lebih 104 orang, termasuk komander tertinggi tentera dan saintis, serta mencederakan hampir 380 orang lagi, menurut sumber Iran.
Iran dilaporkan membalas dengan serangan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel, yang mengakibatkan tiga kematian dan lebih 170 orang cedera.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami