awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, dua cedera parah insiden tembakan di Chicago

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2022
23:30 MYT
Tiga maut, dua cedera parah insiden tembakan di Chicago
Kawasan berlakunya kejadian tembakan di Chicago. - Foto AP
CHICAGO: Sekurang-kurangnya tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di satu persimpangan di Chicago, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Chicago, Don Jerome, kejadian berlaku di Brighton Park pada jam 4 pagi ketika lebih 100 pemandu berkumpul untuk menyertai satu perlumbaan.
"Ketika kejadian terdapat kira-kira 100 kereta yang berkumpul di persimpangan itu," katanya.
Jelasnya lagi siasatan menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek melepaskan sekurang-kurangnya 13 tembakan ke arah kumpulan itu.
Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Holy Cross dan Hospital Mount Sinai bagi mendapatkan rawatan.
Tiga lelaki disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, manakala dua lagi dalam keadaan kritikal namun stabil.
Ketika ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Jelas Jerome, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa maut merupakan ahli kongsi gelap dan polis sedang menjejaki dua suspek yang terlibat dalam insiden itu.
Topic Berkaitan
#tembakan
#perlumbaan kereta
#Don Jerome
#ahli kongsi gelap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan