awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
Lelaki maut rempuh lori melintang tengah jalan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga negara mulakan mekanisme pertikaian, tuduh Iran cabul Perjanjian Nuklear

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2020
00:01 MYT
Tiga negara mulakan mekanisme pertikaian, tuduh Iran cabul Perjanjian Nuklear
Josep Borrell bercakap kepada media di Strasbourg, timur Perancis, 14 Jan, 2020. (Foto AP)
BRITAIN, Perancis dan Jerman pada Selasa secara rasmi menuduh Iran telah mencabuli Perjanjian Nuklear 2015, langkah yang boleh membawa kepada tindakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iran.
Bagaimanapun, ketiga-tiga negara menegaskan pihaknya mahu menyelesaikan pertikaian menerusi rundingan bagi memberi ruang untuk mereka memulakan proses berkaitan, supaya Iran boleh mengelak daripada dikenakan sekatan PBB.
Perkara tersebut dimaklumkan mereka dalam satu surat kepada ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell.
Dalam surat itu, ketiga-tiga negara turut menyatakan mereka tidak mahu dikaitkan dengan sekatan terbaharu yang dikenakan Amerika Syarikat.
"Kami tiga negara tidak berhasrat menyertai kempen untuk mengenakan tekanan maksimum terhadap Iran. Harapan kami ialah untuk membawa Iran kembali kepada pematuhan penuh terhadap komitmennya," katanya.
Britain, Perancis dan Jerman yang memeterai perjanjian itu bersama Amerika Syarikat, Rusia dan China dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka tiada pilihan lain, selain mengemukakan dakwaan rasmi.
Iran dianggap mencabuli perjanjian itu apabila ia secara berperingkat mengurangkan sekatan pengeluaran uranium yang diperkaya, bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.
Iran mempunyai 15 hari untuk menjawab dakwaan itu.
Sekiranya tiga negara berkenaan tidak berpuas hati dengan reaksi Iran, mereka boleh merujuk tindakan republik itu kepada Majlis Keselamatan PBB.
Mengulas perkara itu, Borrell yang menyelaras perjanjian itu bagi pihak kuasa-kuasa besar dunia menekankan, tekanan ke atas Iran yang dibuat Eropah tidak bermakna sekatan antarabangsa akan dikenakan serta-merta.
Bercakap di Strasbourg, Perancis, beliau menegaskan, mekanisme resolusi pertikaian tersebut merupakan satu proses untuk menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan.
"Objektifnya adalah mencari penyelesaian dan kembali kepada pematuhan penuh terhadap rangka kerja perjanjian.
"Ia bukan berkenaan mengenakan sekatan seperti didakwa sesetengah pihak media.
"Semua anggota perjanjian ini jelas berhubung tekad untuk memelihara JCPOA (Joint Comprehensive Plan of Action atau Pelan Tindakan Komprehensif Bersama), dan penyatuan ini adalah penting, dan saya mahu bekerja keras untuk menjaganya," katanya.
Menurutnya, pendirian mereka di pihak EU adalah jelas, "tanpa perjanjian ini, kita akan kehilangan elemen pengawalan senjata nuklear dan sumbangan utama kepada keselamatan serantau.
"Kegagalan memantau perjanjian ini hanya akan menambah ketegangan di rantau ini."
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Britain
#cabul perjanjian
#China
#dakwaan rasmi
#EU
#Iran
#Jerman
#Josep Borrell
#Kesatuan Eropah
#keselamatan
#PBB
#pematuhan penuh
#Perjanjian Nuklear 2015
#pertikaian
#Rusia
#sekatan
#tekanan
#tuduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan