awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga polis, seorang awam maut dalam insiden tembakan di Sibulan, Filipina

Bernama
Bernama
10/01/2026
03:10 MYT
Tiga polis, seorang awam maut dalam insiden tembakan di Sibulan, Filipina
Suspek dalam kedua-dua kejadian telah menyerah diri kepada pihak berkuasa. - Foto X/@DigicastNegros
DUMAGUETE CITY: Tiga pegawai polis dan seorang wanita maut dalam dua insiden tembakan berasingan tetapi saling berkaitan di Sibulan, Negros Oriental pada Jumaat malam, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Jurucakap Polis Negros Oriental Kapten Stephen Polinar berkata suspek dalam kedua-dua kejadian telah menyerah diri kepada pihak berkuasa.
"PSSg (Staf Sarjan Polis) Bonifacio Saycon menyerah diri kira-kira sejam selepas insiden tembakan kepada polis di Tanjay City dan menyerahkan senjata api miliknya. Dia akan menjalani ujian saringan dadah," kata Polinar kepada PNA.
Siasatan awal polis mendapati Dinanao terlebih dahulu ditembak oleh Saycon di sebuah bar di Barangay Tubtobon.
"Tiga lagi pegawai polis, yang dipercayai bersama suspek di bar berkenaan, bertindak balas dan melucutkan senjatanya dan menahannya," kata Polinar.
Menurut beliau, semasa dalam perjalanan ke balai polis menaiki sebuah kereta, Saycon mengeluarkan sepucuk pistol kedua dan dipercayai menembak semua pegawai polis berkenaan sebelum melarikan diri.
Ketua Polis Tanjay City Leftenan Kolonel Romeo Cubo berkata Saycon tiba kira-kira 10.45 malam bersama keluarganya menaiki sebuah kenderaan persendirian dan menyerah diri.
Beliau kini ditahan di Balai Polis Tanjay.
Polinar berkata motif kedua-dua kejadian tembakan itu masih belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#polis
#ujian saringan dadah
#suspek serah diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan