Seorang rakyat Malaysia yang cuba menyeludup rokok ke Singapura dengan menyembunyikannya dalam kereta dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan pada 19 Ogos lalu manakala dua penumpang kereta berkenaan dihukum penjara enam bulan kerana bersubahat, lapor Channel News Asia.
Ching Siong Huat, 47, bersama Joo Mei Suan, 43, dan anaknya, Ler Kia Ling, 18, ditahan oleh pegawai kastam Singapura semasa cuba masuk melalui Woodlands bersama 298 kartun dan 210 bungkus rokok yang disorok di beberapa bahagian kereta yang telah diubahsuai.
Rokok seludup itu dianggarkan bernilai hampir RM86,000 dengan jumlah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielak bernilai lebih RM68,000.
Laporan CNA yang memetik kenyataan bersama Lembaga Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Kastam Singapura menyebut ihak berkuasa republik itu turut merampas kereta yang didaftarkan di Malaysia yang digunakan untuk menyeludup rokok berkenaan.
Siasatan awal mendapati Ching diupah untuk memandu kereta berkenaan. Dia kemudian mengupah pula dua beranak itu untuk menyamar sebagai penumpang bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.
Di bawah undang-undang Singapura, sesiapa yang membeli, menjual, membawa, menyimpan atau memiliki barangan yang tidak dibayar cukai boleh dikenakan denda sehingga 40 kali ganda daripada jumlah cukai yang dielak serta dipenjara sehingga enam tahun. Kenderaan yang digunakan dalam kegiatan itu juga boleh dirampas.
Menurut Ketua Bahagian Siasatan Khas Kastam Singapura, David Foo berkata pihaknya memandang serius penyeludupan rokok rentas sempadan.
"Kami akan terus membanteras kegiatan jenayah ini dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," katanya seperti dipetik oleh Channel News Asia.
Kastam Singapura telah merampas 134 buah kenderaan yang digunakan untuk menyeludup rokok masuk ke rpeublik itu sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini. Pada tahun lalu, ia merampas 146 buah kenderaan.
Astro Awani
Wed Aug 27 2014
Rokok seludup itu dianggarkan bernilai hampir RM86,000. - Gambar Fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Tiga rakyat Malaysia seludup rokok ke Singapura dipenjara
Rokok seludup itu dianggarkan bernilai hampir RM86,000 dengan jumlah cukai GST yang dielak bernilai lebih RM68,000.