awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga suspek pembakaran hutan Riau ditangkap

Nailah Huda
Nailah Huda
18/09/2019
00:34 MYT
Tiga suspek pembakaran hutan Riau ditangkap
Kebakaran hutan di beberapa wilayah di Indonesia telah menyebabkan jerebu teruk yang melanda negara-negara jiran termasuk Malaysia. -Gambar YouTube
Tiga individu dipercayai dalang di sebalik kebakaran hutan di daerah Pelalawan, Riau ditahan pihak berkuasa Indonesia pada Isnin.
Ketiga-tiga suspek itu dikesan Pasukan Gabungan Penegakan Hukum Kebakaran Hutan dan Lahan ketika sedang menceroboh dan membakar kawasan hutan di Taman Nasional Tesso Nilo di Ingragiri Hulu, Riau.
Menurut laporan portal berita Indozone, kawasan pembakaran itu dipercayai akan dijadikan ladang sawit.
“Kebakaran itu ada kaitannya dengan pembukaan tanah yang melibatkan beberapa pihak, sama ada secara peribadi, atau diatur oleh seseorang, atau diupah dan sebagainya,” kata Edward Hutapea, Ketua Penegakan Hukum Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan di Wilayah II Sumatera.
Tambah Edward, setelah sesuatu lokasi itu dibuka, lazimnya ia akan ditinggalkan dalam keadaan terbakar.
Setelah dibakar, pembakar hutan akan kembali lagi untuk mengusahakan tanah tersebut menjadi ladang sawit atau untuk tujuan pengeluaran lain.
Video serbuan oleh Tentera Nasional Indonesia menunjukkan detik ketiga-tiga suspek ditangkap di kawasan hutan Riau dan kemudiannya dibawa keluar menggunakan helikopter dari Lapangan Sorek di wilayah Pelalawan, Riau.
YouTube Fauzi Iyabu
Mereka disiasat di bawah akta Undang-Undang Lingkungan Hidup No 32 Tahun 2009 dan berdepan hukuman 10 tahun penjara.
Malaysia, Indonesia dan Singapura dilanda jerebu teruk sejak beberapa minggu lepas.
Pada Ahad, seorang bayi berusia 4 bulan dipercayai mati akibat asap jerebu di Palembang, Indonesia.
BACA: Asap jerebu dipercayai punca kematian bayi 4 bulan
Presiden Indonesia Jokowi Widodo turun ke kawasan kebakaran seluas 50,000 hektar di wilayah Riau bagi melihat sendiri operasi pihak berkuasa Indonesia dalam mengawal keadaan.
BACA: Jokowi 'turun padang' periksa kawasan kebakaran hutan di Riau
Menurutnya, kerajaan Indonesia sedang mencari jalan bagi menangani usaha membanteras kejadian kebakaran hutan yang berleluasa di Sumatera dan Kalimantan.
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#Indonesia
#jerebu
#Joko Widodo
#kebakaran hutan
#Riau
#Sumatera
#Taman Nasional Tesso Nilo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan