JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia pada Selasa memberi amaran kepada penduduk di Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah dan Nusa Tenggara Timur mengenai risiko kebakaran hutan baharu, lapor Agensi Berita ANTARA.
BMKG mencadangkan agar penduduk di tiga wilayah itu berwaspada terhadap potensi kebakaran hutan dan tanah serta mengelak daripada melakukan teknik tebas dan bakar untuk membersihkan tanah.
Terdahulu ANTARA melaporkan bahawa BMKG telah mengunjurkan musim kemarau tahun ini mengikut corak yang sama seperti yang diperhatikan pada 2019.
Sebanyak 28 peratus wilayah di Indonesia, termasuk 194 zon bermusim (ZOM) yang ditentukan oleh BMKG, diramalkan mengalami musim kering mulai Jun tahun ini.
Menurut Ketua BMKG Dwikorita Karnawati, fenomena El Nino yang diperkuat oleh fasa positif Dipole Lautan Hindi (IOD), diramalkan akan mencetuskan kemarau pada musim kering di Indonesia.
Memandangkan kesan serius corak iklim El Nino ke atas beberapa wilayah di Indonesia, Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) bekerjasama dengan kementerian dan institusi untuk menggunakan teknologi pengubahsuaian cuaca (TMC) bagi memadam kebakaran dan menyokong keperluan lain.
Dalam dua bulan terakhir, TMC telah dilaksanakan secara berterusan di Riau, Kalimantan Barat, Nusa Tenggara Timur (NTT), Jawa Barat, Jambi, Jakarta, Kalimantan Selatan dan Sumatera Selatan, menurut Ketua BNPB, Leftenan Jeneral Suharyanto dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sementara itu, sebahagian kawasan di pulau Sumatera Indonesia telah diselubungi jerebu akibat kebakaran hutan.
Pentadbiran Sumatera Selatan telah mengedarkan 3.6 juta pelitup muka kepada penduduk tempatan sebagai tindak balas kepada keadaan udara yang tidak sihat yang disebabkan oleh asap.
Menurut ketua Perkhidmatan Kesihatan Sumatera Selatan, Trisnawarman, Indeks Standard Pencemaran Udara (ISPU) di Kota Palembang mencapai tahap berbahaya pada 1 Oktober 2023.
Kualiti udara yang buruk itu boleh membahayakan kesihatan awam secara serius, tambahnya.
--BERNAMA-ANTARA
Bernama
Tue Oct 10 2023
BMKG mencadangkan agar penduduk di tiga wilayah itu berwaspada terhadap potensi kebakaran hutan dan tanah serta mengelak daripada melakukan teknik tebas dan bakar untuk membersihkan tanah. - Gambar/ AP
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.