NEW DELHI: Beratus-ratus orang, terutama wanita, bertempur dengan anggota keselamatan termasuk polis di Delhi pada Khamis ketika pegawai kerajaan cuba merobohkan sebahagian kuil di kawasan Mandawali, lapor Xinhua.
Insiden itu mencetuskan perbalahan politik antara kerajaan Delhi dan gabenor, dengan Menteri Kerja Raya Atishi Marlena mengutuskan surat kepada kerajaan Delhi supaya "menarik balik arahannya" merobohkan 14 tempat keagamaan di ibu negara.
Dua hari lepas, pihak berkuasa tempatan menyerah notis mengenai tindakan untuk merobohkan sebahagian kuil itu kerana bangunan berkenaan menceroboh tanah kerajaan. Ketika skuad perobohan tiba pada pagi Khamis, ratusan orang berkumpul di luar kuil untuk menghalang pegawai kerajaan dan anggota keselamatan melaksanakan tugas itu.
Pertengkaran sengit antara penduduk tempatan dan anggota keselamatan membawa kepada pertempuran yang berakhir dengan penahanan penunjuk perasaan.
Lewat hari yang sama, Atishi mengutus surat kepada Leftenan Gabenor Vinai Kumar Saxena mengatakan tempat keagamaan tidak sepatutnya diroboh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Pertengkaran sengit antara penduduk tempatan dan anggota keselamatan berakhir dengan penahanan penunjuk perasaan. - Foto Twitter/Mr Sinha
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Tindakan meroboh kuil cetus pertempuran
Pertengkaran sengit antara penduduk tempatan dan anggota keselamatan berakhir dengan penahanan penunjuk perasaan.