awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinjauan: Majoriti rakyat Jerman sokong kerahan ketenteraan

Bernama
Bernama
16/11/2025
21:15 MYT
Tinjauan: Majoriti rakyat Jerman sokong kerahan ketenteraan
Majoriti rakyat Jerman akan menyokong pelaksanaan kerahan ketenteraan bagi lelaki yang lahir mulai 2008, menurut satu tinjauan yang dijalankan edisi Ahad akhbar Bild. - Gambar fail/REUTERS
BERLIN: Majoriti rakyat Jerman akan menyokong pelaksanaan kerahan ketenteraan bagi lelaki yang lahir mulai 2008, menurut satu tinjauan yang dijalankan edisi Ahad akhbar Bild, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tinjauan yang dijalankan oleh INSA itu mendapati 58 peratus responden percaya pelaksanaan kerahan ketenteraan wajib di seluruh negara adalah langkah yang tepat, manakala 29 peratus menentangnya dan 13 peratus tidak memberikan jawapan.
Awal minggu ini, kerajaan campuran pimpinan Canselor Friedrich Merz mencapai kompromi sukar untuk memperkasa angkatan tentera negara itu melalui program perkhidmatan ketenteraan sukarela baharu, dengan rancangan mewujudkan semula kerahan sekiranya jumlah sukarelawan tidak mencukupi.
Bagaimanapun, 57 peratus responden tidak menjangkakan jumlah sukarelawan mencukupi untuk memenuhi sasaran kekuatan anggota Bundeswehr, angkatan tentera Jerman. Hanya 25 peratus percaya sasaran itu boleh dicapai, manakala 18 peratus tidak pasti.
Kesediaan individu untuk berkhidmat dalam tentera kekal rendah, dengan 31 peratus sanggup menjadi sukarelawan dan 55 peratus menolaknya.
Institut penyelidikan pendapat awam INSA menemu bual 1,003 orang bagi tinjauan itu antara 13 hingga 14 Nov.
Jerman menggantung khidmat ketenteraan wajib pada 2011, namun ia boleh diaktifkan semula dengan majoriti mudah di Parlimen, termasuk ketika ketegangan meningkat atau berlaku kecemasan pertahanan.
Undang-undang Asas negara itu, iaitu perlembagaannya, pada masa ini hanya mewajibkan perkhidmatan untuk lelaki, cadangan untuk melibatkan wanita memerlukan pindaan perlembagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majoriti rakyat Jerman
#kerahan ketenteraan
#tinjauan
#akhbar Bild
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan