awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Sepanyol dijangka lawat Palestin

Bernama
Bernama
15/02/2024
06:33 MYT
TPM Sepanyol dijangka lawat Palestin
Yolanda Diaz, Timbalan Perdana Menteri Sepanyol. - Gambar fail
OVIEDO (Sepanyol): Timbalan Perdana Menteri Sepanyol Yolanda Diaz pada Rabu mengumumkan beliau akan ke Palestin untuk mendesak gencatan senjata segera, lapor Agensi Anadolu.
"Kami menyaksikan pelanggaran undang-undang antarabangsa, pencabulan hak asasi manusia secara terang-terangan dengan komuniti antarabangsa yang benar-benar hipokrit," kata Diaz yang juga Menteri Buruh kepada media tempatan.
Diaz ialah pemimpin Sumar, parti perpaduan kecil dalam kerajaan Sepanyol.
Akhbar El Pais melaporkan bahawa Kementerian Luar Sepanyol tidak terlibat dalam lawatan itu manakala sumber kementerian menegaskan bahawa hanya perdana menteri dan menteri luar Sepanyol yang mewakili dasar luar negara Sepanyol.
Diaz percaya Sepanyol perlu melakukan lebih banyak lagi dalam isu Palestin dan partinya telah mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan konkrit seperti menyokong kes Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague.
"Saya akan melakukan segala yang mungkin untuk melawat Palestin kerana penting untuk bertindak daripada sekadar bercakap," katanya.
Diaz berkata semasa lawatannya beliau akan bertemu dengan Menteri Buruh Palestin Nasri Abu Jaish, dengan kedua-dua negara akan menandatangani memorandum berkaitan pekerjaan.
View this post on Instagram
A post shared by Yolanda Díaz Pérez (@diaz_yolanda_)
Pada Rabu, Sepanyol dan Ireland menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Eropah meminta mempertimbangkan semula hubungan dengan Israel di tengah-tengah pelanggaran hak asasi manusia.
Perdana Menteri Pedro Sanchez dan diplomat tertinggi juga telah mendesak untuk mengadakan persidangan damai dalam usaha menarik sokongan masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Bagaimanapun, masih tidak jelas mengenai tarikh lawatan Diaz ke Palestin namun beliau mendakwa telah menerima jemputan daripada rakan sejawatannya dari Palestin kira-kira dua minggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yolanda Diaz
#Palestin
#TPM Sepanyol
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan