Pihak Thai berkuasa mengakui ada kemungkinan kumpulan pengganas Daish telah cuba membina rangkaian operasi di Selatan Thai sebagaimana mereka telah lakukan di negara-negara serantau lain.
Bagaimanapun, percubaan Daish menubuhkan sarang keganasan di wilayah selatan negara ini telah dapat digagalkan.
"Mungkin ada percubaaan untuk masuk (membina rangkaian berkenaan) tetapi kami sentiasa dapat menyekatnya," kata Timbalan Perdana Thai Jen Prawit Wongsuwan pada Rabu.
Prawit, yang juga Menteri Pertahanan dan menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri ditanya mengenai seorang warga Thai yang dikehendaki oleh polis Malaysia kerana penglibatannya dengan Daish.
Polis Malaysia masih memburu lelaki Thai itu Awae Wae-eya, 37, dari Cho Airong di Narathiwat, bersama tiga rakyat Malaysia - Nor Farkhan Mohd Isa, 31, dari Skudai, Johor; Muhamad Hanafi Yah, 51, dan Muhamad Faizal Muhamad Hanafi, 29, dari Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.
Menurut kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, empat 'pelarian' itu dianggap berbahaya.
Sementara itu, setiausaha agung Majlis Keselamatan Nasional (NSC) Thai Jen Wanlop Raksanor memperkecilkan peranan lelaki Thai itu dengan Daish atau cawangan serantaunya, dengan menyatakan lelaki itu hanya seorang laskar maya untuk kumpulan pengganas itu.
Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa lelaki itu adalah warga Thai.
"Lelaki itu mengikuti Daish dari internet atau Facebook. Beliau jenis orang yang menyokong dan menyukai idea Daish tetapi bukan penyokong tegar," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Di PATTANI, jurucakap Tentera Wilayah Empat, Kol Pramote Prom-in pada sidang akhbar di sebuah kem tentera, bersependapat dengan Wanlop berhubung penilaiannya tentang lelaki Thai itu.
Beliau berkata berasaskan siasatan, penduduk asal Cho Airong itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan pengganas itu, tetapi suka menonjolkan hubungannya dengan Daish di media sosial.
Namun, Daish tidak pernah menjejakkan kaki dan menjalankan operasi di selatan Thai, kata Pramote.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 19 2018
Prawit berkata, mungkin ada percubaaan kumpulan pengganas Daish untuk memasuki Selatan Thai, tetapi pihak berkuasa negara itu sentiasa dapat menyekatnya. - Gambar fail
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.
Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan
Menurut pihak berkuasa, serangan turut mencederakan 15 yang lain termasuk Ahli Parlimen, Khan Mohammad Wardak.
6 penguat kuasa undang-undang cedera serangan pengebom bunuh diri di Rusia
Letupan berlaku di luar bangunan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB)
EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis
Ini susulan siri pembunuhan di Austria dan Perancis dalam beberapa minggu terakhir oleh pengganas yang dikaitkan dengan militan Daish.
UK tingkat tahap ancaman keganasan kedua tertinggi
United Kingdom (UK) meningkatkan tahap ancaman keganasannya pada tahap kedua tertinggi susulan serangan di Austria dan Perancis.