Tragedi Bondi: Masyarakat minoriti perlu dinilai dari segi sumbangan kepada ekonomi, sosial - Penganalisis

Polis melakukan kawalan di sekitar tempat kejadian tembakan maut di Pantai Bondi, Sydney. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Perbahasan mengenai Islamofobia dan xenofobia perlu bersifat beralih daripada tumpuan keterlaluan kepada aspek keganasan yang berlaku.
Ringkasan AI
- Perbahasan Islamofobia dan xenofobia perlu beralih daripada fokus kepada keganasan kepada mengangkat sumbangan komuniti minoriti dalam pembangunan sosial dan ekonomi.
- Istilah Islamofobia tidak wajar mendefinisikan peranan komuniti minoriti; pendekatan positif mampu wujudkan suasana aman dalam masyarakat.
- Konteks insiden tembakan Bondi Beach di Sydney menekankan kepentingan dialog dan pemahaman antara komuniti berbeza.
“Kita tidak sepatutnya melihat Islamofobia sebagai elemen yang mendefinisikan peranan komuniti minoriti dalam masyarakat.
Sebaliknya kita lihat kepada sumbangan masyarakat kepada pembangunan ekonomi, sosial dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Untuk konteks, populasi Muslim di Australia adalah lebih 800,000 orang atau kira-kira 3.2 peratus daripada keseluruhan penduduk. Manakala, populasi Yahudi di Australia adalah sekitar 120,000 atau kira-kira 0.4 peratus daripada keseluruhan populasi Australia.
Angka berkenaan adalah penting untuk memahami insiden tembakan di Bondi Beach, Sydney pada Ahad yang telah meragut 16 nyawa, dengan seorang bapa dan anak lelakinya dikenal pasti sebagai suspek.
Seramai 40 orang lagi masih menerima rawatan di hospital setakat pagi Isnin, dengan lima daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Pesuruhjaya Polis New South Wales, Mal Lanyon, berkata dalam sidang media pada pagi Isnin bahawa dua suspek terbabit ialah seorang lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya yang berusia 24 tahun.
Menurut beliau, lelaki berusia 50 tahun itu, yang maut di lokasi kejadian, merupakan pemegang lesen senjata api dan memiliki enam pucuk senjata secara sah.
Lanyon secara rasmi mengisytiharkan kejadian itu sebagai serangan pengganas pada Ahad malam, sambil menegaskan bahawa siasatan berhubung motif serangan masih diteruskan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


