awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang pulihkan dua projek RMKu terbengkalai tujuh tahun lepas
Bangladesh terima 14 pemerhati pilihan raya dari Malaysia
Malaysia dibelasah Afghanistan 7-0 di Piala Asia Futsal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM ikat The City Boys 1-1

Bernama
Bernama
30/01/2026
22:30 MYT
PDRM ikat The City Boys 1-1
Pemain PDRM FC, Mohamad Fakhrullah Mohamad Yusoff (kiri) cuba merampas bola daripada pemain lawan, Victor Ruiz Abril pada perlawanan Liga Super Malaysia antara PDRM FC dan KL City FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: PDRM FC terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas terikat 1-1 menentang KL City FC dalam perlawanan Liga Super berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.
Babak pertama menyaksikan KL City bimbingan Risto Vidakovic lebih menguasai permainan namun tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Kashim Oluwasegun yang menyudahkan hantaran Park Tae Su pada minit ke-12.
Muhammad Safawi Rasid hampir menyamakan kedudukan apabila rembatannya menerjah gawang tuan rumah namun jaringan dinafikan kerana berada pada kedudukan ofsaid.
The City Boys terus mengasak ke kubu tuan rumah pada babak kedua hingga akhirnya berjaya menghasilkan gol menerusi rembatan kencang Declan Lambert pada minit ke-63.
Keputusan perlawanan malam tadi menyaksikan KL City kekal di tangga ketiga liga dengan 30 mata manakala PDRM tercorot dengan tujuh mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#PDRM FC
#KL City FC
#Muhammad Safawi Rasid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan