awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Halloween Itaewon: Angka kematian cecah 154 termasuk 26 warga asing

Bernama
Bernama
31/10/2022
03:20 MYT
Tragedi Halloween Itaewon: Angka kematian cecah 154 termasuk 26 warga asing
Insiden itu berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah Itaewon. - Foto Reuters/Kim Hong-ji
ITAEWON: Angka kematian akibat kejadian rempuhan ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul meningkat kepada 154 termasuk 26 warga asing, lapor Agensi Berita Yonhap.
Angka kematian dijangka meningkat berikutan 33 mangsa mengalami kecederaan serius, menurut pegawai di Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat.
Seramai 116 yang lain mengalami cedera ringan manakala hampir semua mangsa yang maut telah dikenal pasti.
Warga asing yang terbunuh mencecah 26 termasuk lima dari Iran, masing-masing empat dari China dan Rusia, dua dari Amerika Syarikat, dua dari Jepun dan masing-masing seorang dari Perancis, Australia, Norway, Austria, Vietnam, Thailand, Kazakhstan, Uzbekistan dan Sri Lanka.
Insiden itu berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah Itaewon, Seoul.
BACA: Seoul menangis... Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?
BACA: Tragedi Halloween Itaewon: Polis Seoul terima 355 laporan orang hilang
Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam di perairan pantai selatan pada 2014 yang mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.
Kejadian Rempuhan | Polis Korea Selatan terima 355 laporan orang hilang
Kejadian berlaku di sebuah lorong sempit sepanjang 40 meter yang menghubungkan restoran dengan jalan utama dan enam orang dewasa tidak boleh melalui kawasan itu pada masa yang sama.
Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.
Presiden Yoon Suk Yeol mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu bermula Ahad dan bendera dikibarkan separuh tiang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tragedi Halloween Itaewon
#rempuhan ketika sambutan Halloween
#26 warga asing
#angka kematian meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan